Kenyataan penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua berkaitan isu mendedahkan tubuh badan pelakon lelaki dalam drama sebelum ini turut menarik perhatian pendakwah bebas, PU Syed.
Dalam hal ini, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, menegaskan perbuatan mendedahkan aurat adalah haram walaupun dengan alasan mengikut tuntutan skrip atau jalan cerita drama berkenaan.
IG Shuhaimi
PU Syed berkongsi pandangannya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Selasa.
Dalam perkongsiannya itu, dia turut mempersoalkan jati diri pengarah tersebut sebagai seorang Muslim kerana sanggup melakukan babak sebegitu.
Malah, dia menasihati penggiat seni supaya mencari jalan cerita yang boleh mendidik penonton.
Babak lakonan Fadlan Hazim dan Noki tanpa baju mendapat kritikan.
Sebelum ini, Shuhaimi mendapat kritikan netizen apabila dituduh sebagai pengarah yang suka menampilkan pelakon lelaki tidak berbaju dalam drama.
Menjawab isu tersebut, Shuhaimi memberitahu setiap babak yang dilakukan sudah mendapat persetujuan pelakon dan dia lebih mengetahui panduan yang ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
"Saya memberi pilihan kepada para pelakon untuk buka baju atau tidak. Saya akan buat jika mereka tidak ada masalah.
"Saya tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh LPF. Jadi apa yang saya buat tidak melanggar peraturan badan tersebut," katanya.
Sumber: mStar |