Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai pandangan seorang individu yang mempertikaikan tindakan guru sekolah menggunting 'ala kadar' rambut pelajar sebagai hukuman kerana dibiarkan panjang.
Menurut individu berkenaan, 'tradisi' tersebut perlu diubah ketika ini, malah dia mencadangkan beberapa tindakan perlu diambil guru jika berdepan dengan situasi sedemikian, antaranya memanggil tukang gunting rambut ke sekolah. Nyata pendapat individu tersebut disanggah pelbagai pihak sama ada golongan guru mahupun ibu bapa kerana menyifatkan cadangannya seolah-olah 'memanjakan' pelajar.
Belum reda isu tersebut, seorang wanita pula menjadi mangsa kecaman terbaharu selepas dia tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah kerana menggunting rambut anak lelakinya. Menurut wanita tersebut, anak lelakinya berubah perwatakan hampir 100 peratus disebabkan satu kejadian yang berlaku di sekolah, pada minggu lalu. Wanita tersebut turut memuat naik gambar anak lelakinya dengan gaya rambut yang sebelum dipotong, sebagai bukti. Tambah wanita tersebut, disebabkan terlalu malu, anak lelakinya menyembunyikan diri di dalam tandas sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut terlalu terikut dengan emosi dan hanya melihat salah guru dan sekolah semata-mata. Sumber: mStar
|
bulalof replied at 7-6-2022 04:57 PM
generasi sekarang, parents dan anak2 lemah sungguh!
bottombikini replied at 7-6-2022 05:30 PM
baru kena tobek rambut dah nangis
ada hati nak memimpin negara
ADVERTISEMENT