Anda yang pernah melancong ke luar negara mungkin pernah menayang tiket kapal terbang di media sosial untuk menunjukkan anda mahu melancong.
Tetapi, ketahuilah bahawa ada kesan buruk jika anda berbuat demikian. Baru-baru ini, ada video tular di TikTok milik "Coach Jason Ho" menegah orang ramai daripada menunjukkan tiket penerbangan kerana dengan hanya mengetahui nama akhir anda dan nombor tiket sahaja, pihak tidak bertanggungjawab boleh mencuri informasi penting anda.
Tambahan pula, mereka boleh mendapat tahu tempat duduk di dalam pesawat, empat digit terakhir kad kredit , alamat email dan nombor telefon anda. Bukan itu sahaja, mereka juga membatalkan penerbangan anda. Perkara ini mendapat perhatian netizen dan berharap orang ramai megambil serius perkara ini. - CARI |
ADVERTISEMENT