Sebelum ini, kecoh mengenai satu kisah pelajar pengsan di sekolah dan sekaligus membongkarkan kejadian rogol yang dilakukan bapa kandungnya sejak empat tahun lalu ketika mangsa masih berusia 11 tahun.
Berita tersebut mendapat perhatian King Koko. yang mempersoalkan bagaimana seorang bapa boleh mendera anak dengan tindakan tersebut. Akibat terlalu emosi dengan berita sedemikian, King Coco turut melepaskan amarahnya dan melabel lelaki terbabit dengan makian. Marah betul King Coco. Tapi wajarlah reaksinya begitu, kan? Ada ke manusia yang waras boleh hadap berita begini tanpa rasa marah dan jijik? - CARI
|
ADVERTISEMENT