Managua: Seorang wanita menarik perhatian di laman sosial selepas merakamkan detiknya melahirkan anak di pantai Playa Majagual, Nicaragua.
New York Post melaporkan Josy Peukert, 27, memuat naik video berkenaan di Instagram (IG) pada Februari lalu namun ia baru sahaja meraih lebih 200,000 lebih tontonan selepas tular. "Oleh kerana keadaannya tepat pada hari itu, maka itu yang saya lakukan," kata Peukert kepada Jam Press mengenai perkongsiannya. Menurut Peukert, dia mendapat inspirasi untuk melahirkan bayi tanpa bantuan di laut kerana mahu menunjukkan keupayaan badan wanita yang boleh melakukan sendiri tanpa campur tangan perubatan tradisional.
"Selama berminggu-minggu saya memantau air pasang, jadi apabila masa yang sesuai untuk saya bersalin, saya tahu pantai adalah tempat yang selamat," katanya yang berasal dari Jerman. Ketika melahirkan bayi pada 27 Februari, anak-anak Peukert yang lain tinggal bersama rakannya manakala suaminya Benni Cornelius, 42, membawanya ke pantai dengan tuala, kain kasa dan mangkuk dengan ayak untuk meletakkan plasenta. Dalam video berdurasi 50 saat yang tertanam di atas, ibu itu boleh dilihat melutut dalam ombak ketika dia mengalami kontraksi. Rakaman itu kemudian 'disunting' selepas bersalin, menunjukkan ibu yang terlalu gembira di dalam air sedang mengendong bayi baru lahir yang masih bertali pusat. "Ombak mempunyai irama yang sama seperti kontraksi, aliran lancar itu membuatkan saya berasa sangat baik," kata Peukert. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT