CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 2

Bawa Tuala, Kain Kasa Dan Mangkuk- Melutut Dalam Ombak Semasa Kontraksi, Wanita Beranak Dalam Laut

[Copy link]
Post time 7-6-2022 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Managua: Seorang wanita menarik perhatian di laman sosial selepas merakamkan detiknya melahirkan anak di pantai Playa Majagual, Nicaragua.


New York Post melaporkan Josy Peukert, 27, memuat naik video berkenaan di Instagram (IG) pada Februari lalu namun ia baru sahaja meraih lebih 200,000 lebih tontonan selepas tular.




Foto: New York Post via Harian Metro




"Oleh kerana keadaannya tepat pada hari itu, maka itu yang saya lakukan," kata Peukert kepada Jam Press mengenai perkongsiannya.


Menurut Peukert, dia mendapat inspirasi untuk melahirkan bayi tanpa bantuan di laut kerana mahu menunjukkan keupayaan badan wanita yang boleh melakukan sendiri tanpa campur tangan perubatan tradisional.


"Selama berminggu-minggu saya memantau air pasang, jadi apabila masa yang sesuai untuk saya bersalin, saya tahu pantai adalah tempat yang selamat," katanya yang berasal dari Jerman.


Ketika melahirkan bayi pada 27 Februari, anak-anak Peukert yang lain tinggal bersama rakannya manakala suaminya Benni Cornelius, 42, membawanya ke pantai dengan tuala, kain kasa dan mangkuk dengan ayak untuk meletakkan plasenta.


Dalam video berdurasi 50 saat yang tertanam di atas, ibu itu boleh dilihat melutut dalam ombak ketika dia mengalami kontraksi.


Rakaman itu kemudian 'disunting' selepas bersalin, menunjukkan ibu yang terlalu gembira di dalam air sedang mengendong bayi baru lahir yang masih bertali pusat.


"Ombak mempunyai irama yang sama seperti kontraksi, aliran lancar itu membuatkan saya berasa sangat baik," kata Peukert. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 02:52 PM | Show all posts
seram plak aku. tak ke kena jangkitan kuman ke ape anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 03:00 PM | Show all posts
ala2 mcm blue lagoon versi kertu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.331414 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list