Sepasang suami isteri meluahkan rasa kurang senang dan 'tertekan' dengan sikap jiran mereka, sejak berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baharu beberapa bulan lalu.
Menurut si suami dalam satu hantaran di Reddit, semuanya gara-gara rumah baharu mereka mempunyai sebuah kolam renang. Lelaki itu berkata, beberapa bulan selepas menetap di kawasan kejiranan baharu itu, beberapa jiran yang tinggal di sekeliling mula bertanya sama ada mereka boleh datang dan menggunakan kolam renang di rumahnya. Dakwa jiran pasangan tersebut, ini kerana pemilik terdahulu selalu membenarkan mereka berenang pada bila-bila masa sahaja.
Sungguhpun sudah dijelaskan bahawa kolam renang tersebut adalah milik persendirian dan tidak dibenarkan atas sebab-sebab privasi, bagaimanapun jiran pasangan itu tetap tidak jemu bertanya berulang kali. "Rupa-rupanya pemilik rumah sebelum ini mempunyai anak yang berkawan dengan anak-anak jiran. Sebab itu mereka sering berkunjung dan menghabiskan masa beramai-ramai di kolam renang itu. "Setiap kali jika kami mengambil angin atau berkebun di halaman, mereka bertanya berulang kali dan cuba memujuk supaya kami memberi kebenaran. "Mereka beritahu tak kisah untuk membayar, malah menawarkan untuk berkongsi membayar caj penyelenggaraan dan sebagainya. "Kami dengan sopan menolak berulang kali, tapi dalam masa yang sama kami benar-benar bosan serta jengkel dengan situasi ini," kata lelaki berkenaan. Rata-rata pelayar halaman berkenaan turut melahirkan rasa terkejut dengan sikap jiran pasangan tersebut. Ada yang mencadangkan pasangan tersebut agar sentiasa mengunci pintu pagar kediaman dan meletakkan papan tanda 'dilarang menceroboh'. -CARI Sumber: mStar/ Mirror.co.uk
|
Normabaru replied at 7-6-2022 11:42 AM
Kaka pun ada kwn mcm ni sorg..xhbs2 nk minta tumpang gym...tumpang skypool...kaka ckp je kena masuk ...
novlin replied at 7-6-2022 03:19 PM
iols syak mesti kawan kak norm nak buat content nak likes bebyk...
Artemesiaa replied at 7-6-2022 01:50 PM
Buruknya perangai. Tapi kat tanahair ni pun apa kurangnya kalau ada kawan yang duduk condo mulalah ...
Artemesiaa replied at 7-6-2022 11:50 AM
Buruknya perangai. Tapi kat tanahair ni pun apa kurangnya kalau ada kawan yang duduk condo mulalah ...
TOPwind replied at 7-6-2022 01:22 PM
ada cerita pasal kolam kat Putrajaya
ada satu rumah kat siiitu mmpunyai kolam renang, tiap cuti sek ...
ADVERTISEMENT