View: 4172|Reply: 30
|
Suami Isteri Tertekan, Rimas Jiran Tak Tahu Malu Asyik Nak Datang Mandi Di Kolam Renang
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri meluahkan rasa kurang senang dan 'tertekan' dengan sikap jiran mereka, sejak berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baharu beberapa bulan lalu.
Menurut si suami dalam satu hantaran di Reddit, semuanya gara-gara rumah baharu mereka mempunyai sebuah kolam renang.
Lelaki itu berkata, beberapa bulan selepas menetap di kawasan kejiranan baharu itu, beberapa jiran yang tinggal di sekeliling mula bertanya sama ada mereka boleh datang dan menggunakan kolam renang di rumahnya.
Gambar Hiasan: Shutterstock
Dakwa jiran pasangan tersebut, ini kerana pemilik terdahulu selalu membenarkan mereka berenang pada bila-bila masa sahaja.
Sungguhpun sudah dijelaskan bahawa kolam renang tersebut adalah milik persendirian dan tidak dibenarkan atas sebab-sebab privasi, bagaimanapun jiran pasangan itu tetap tidak jemu bertanya berulang kali.
"Rupa-rupanya pemilik rumah sebelum ini mempunyai anak yang berkawan dengan anak-anak jiran. Sebab itu mereka sering berkunjung dan menghabiskan masa beramai-ramai di kolam renang itu.
"Setiap kali jika kami mengambil angin atau berkebun di halaman, mereka bertanya berulang kali dan cuba memujuk supaya kami memberi kebenaran.
"Mereka beritahu tak kisah untuk membayar, malah menawarkan untuk berkongsi membayar caj penyelenggaraan dan sebagainya.
"Kami dengan sopan menolak berulang kali, tapi dalam masa yang sama kami benar-benar bosan serta jengkel dengan situasi ini," kata lelaki berkenaan.
Rata-rata pelayar halaman berkenaan turut melahirkan rasa terkejut dengan sikap jiran pasangan tersebut.
Ada yang mencadangkan pasangan tersebut agar sentiasa mengunci pintu pagar kediaman dan meletakkan papan tanda 'dilarang menceroboh'. -CARI
Sumber: mStar/ Mirror.co.uk |
|
|
|
|
|
|
|
kat UK pun ada PPRT berangan lavish yek... hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka pun ada kwn mcm ni sorg..xhbs2 nk minta tumpang gym...tumpang skypool...kaka ckp je kena masuk pki access kad resident so xblh suka2 mai..terus dia diam..kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 mau minta beras...eh, mandi kolam
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali bg muka nt berkali2 mau |
|
|
|
|
|
|
|
Buruknya perangai. Tapi kat tanahair ni pun apa kurangnya kalau ada kawan yang duduk condo mulalah sedara mara kawan2 rajin nak datang rumah. Bukan nak jumpa kawan pun tapi nak tumpang kemudahan yang condo kawan tu sediakan. Mulalah tiap minggu nak guna swimming pool gym etc. Dah tahu minat benda2 macam tu kenapa tak beli je condo sebijik kan senang boleh guna sendiri hari2. Ni tak gigih jugak nak rumah teres yang tak ada kemudahan macam tu. Nak joint club tak mampu tahu nak yang free je. |
|
|
|
|
|
|
|
kazen iols baru nak tumpang pool hari tu
1001 alasan iols bg sis |
|
|
|
|
|
|
|
Susah jugak yg muka jenis tebal ni xtau malu |
|
|
|
|
|
|
|
ni kat r/entitledpeople ni.
Rase dah agak lama jg cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
pool meols dah kering , xde air, sbb budak2 dah beso, tadenya nak swimmming bagai, ni rasa nak tutup je , koser nak berpool bagai.. utk yg nak buat pool tu nasihat meols, lupkan je la.. kut mmg dah ada club hse bagai yg ada olympic sized pool, gym 2,3 tu lupakan je la, guna la je la yg tu, dah bayo maintenance beratus2 sebulan kan... meols idok buat pun, mmg rumah ni dah ada
tinggal kolam ikan jah.... kut nak berenang bersama2 kura2 , ikan2 boleh la, xde masalah |
|
|
|
|
|
|
|
iols syak mesti kawan kak norm nak buat content nak likes bebyk...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada cerita pasal kolam kat Putrajaya
ada satu rumah kat siiitu mmpunyai kolam renang, tiap cuti sekolah orang kg sedara mara datang
masuk je kolam menejerit2 mcm org gila jakun dari pagi sampai petang.
jiran sebelah tension gila-dia komen dah 15 tahun budak2 tu tak membesar ke? t |
|
|
|
|
|
|
|
novlin replied at 7-6-2022 03:19 PM
iols syak mesti kawan kak norm nak buat content nak likes bebyk...
Hahahaha...ntahlaaa..dia kata pub gym ada byk germs..time2 COVID ni dia risau..kaka ajak p tasik titiwangsa xmo plak
Apepun kaka just rasa dipergunakan..so mmg x laaaa...kaka sendiri xde OOTD dlm gym kaka horkeh
|
|
|
|
|
|
|
|
manusia ni buat baik terus pijak kepala, buat muka tak malu je.. haih mcm-mcm peel
|
|
|
|
|
|
|
|
oh my...wow , boleh ye gitu...just because..wow manusia ...macam macam ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
"maaf kak,bang..kolam tu tempat kita letak si Allie(buaya peliharaan)"- |
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 7-6-2022 01:22 PM
ada cerita pasal kolam kat Putrajaya
ada satu rumah kat siiitu mmpunyai kolam renang, tiap cuti sek ...
area ayer 8 ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
Serius tak suka stay kat hotel ada swimming pool. Orang nak relax2, awal pagi dah dengar budak2 jerit mama, mama, dengan bunyi air nya. Stress betul bercuti macam tu. Kena lagi jenis orang book je tak baca teliti facilities tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|