CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Kenal 2 Bulan, Shahir Dah Ajak Usahawan Produk Bertunang

7-6-2022 09:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19325| Komen: 104|Original author: Tatod


Sekitar awal tahun ini, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia belum terbuka hati untuk bercinta kerana ingin memberikan laluan pada kerjaya seninya terlebih dahulu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Shahir bagaimanapun mengesahkan bakal bertunang dengan usahawan produk berusia 30 tahun pada pertengahan bulan hadapan selepas dua bulan kedua-dua mereka saling mengenali hati budi.

Kata Shahir, keserasian serta budi pekerti wanita yang berjaya mencuri hatinya itu menyebabkan dia tidak mahu menunggu lama untuk membawa hubungan mereka fasa seterusnya iaitu sebagai suami isteri.



"Jodoh itu ketentuan Allah. Tidak timbul soal cepat atau lambat. Apabila masing-masing ikhlas, kami serius melangkah ke fasa seterusnya menuju alam perkahwinan dengan berjumpa keluarga masing-masing.

"Walaupun belum sampai dua bulan kami berkenalan, saya yakin dia calon paling tepat selepas melihat sikapnya dan paling penting keserasian kami. Usia saya dan dia juga sama-sama sudah mencecah 30-an. Buat apa tunggu lama-lama," katanya yang memilih untuk merahsiakan identiti buah hatinya sehinggalah pada hari pertunangan nanti.

Ketika awal perkenalan mereka, Shahir mendedahkan dia sudah melihat banyak ciri yang baik ada pada wanita itu yang menyifatkan kekasihnya individu yang pandai melayan orang dan sentiasa berfikiran positif.


Ditanyakan mengenai perancangan perkahwinannya, kata Shahir, dia masih mencari lokasi sesuai di ibu negara untuk meraikan hari bahagia itu namun belum pasti sama ada pernikahan itu akan dijalankan pada tahun ini atau tahun hadapan.

"Insya-Allah, ikutkan kami memang ingin percepatkan perkara baik ini. Keluarga akan berbincang tarikh pernikahan pada hari bertunang nanti. Kalau boleh nak segerakan tetapi kena tengok tempat dulu sebab banyak lokasi acara sudah ditempat awal.


"Sekarang kami buat persiapan dan penuhi permintaan keluarga untuk ikut adat dimulakan dengan merisik dan meminang. Kalau tiada halangan, kami akan bertunang pada Julai hadapan dan harapnya majlis pernikahan dapat dilangsungkan pada tahun ini juga," katanya.

Terdahulu, Shahir pernah disgosipkan bercinta dengan selebriti popular, Erra Fazira. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 7-6-2022 09:42 AM
semua la usahawan kosmetik..
baper puluh usahawan kosmetik ada dlm malaysia ni
Quote 3chanceno 7-6-2022 09:51 AM
Dah jumpa tempat 'berteduh' yang boleh diharap, maka bertunanglah, takut melepas
Quote anggeriklatifah 7-6-2022 09:54 AM
3chanceno replied at 7-6-2022 09:51 AM
Dah jumpa tempat 'berteduh' yang boleh diharap, maka bertunanglah, takut melepas

BEGITULAH LELAKI
Quote prince_marhaen 7-6-2022 10:01 AM
HUTANG ORANG DAH BAYAR BELUM? Dah ada kerja kan? terus nak kawin yek... lepas tu masuk peti ais, sumbat dalam kuburan balik sebab dah ada yang menanggung kan... btw, braces berlumut tu dah bukak ke belum??
Quote laksmanabentan 7-6-2022 10:05 AM
harap2 pompuan tu sedar laaaa ya..... hahahaha...
Quote 3chanceno 7-6-2022 10:09 AM
laksmanabentan replied at 7-6-2022 10:05 AM
harap2 pompuan tu sedar laaaa ya..... hahahaha...

Hahaha..mungkin pompuan tu rasa bangga dapat bf ex erra

Nasiblah labu, semuga berbahgia
Quote 3chanceno 7-6-2022 10:10 AM
anggeriklatifah replied at 7-6-2022 09:54 AM
BEGITULAH LELAKI

Nie lelaki special breed, bangsa berpaut pada dahan yang teguh untuk selamatkan diri
Quote lasagna 7-6-2022 10:20 AM
sesungguhnya.. beliau bkn jodoh utk erra.
Quote shiraloveyou 7-6-2022 10:26 AM
Camne la aku boleh terminat shahir masa AF dulu2
Quote ezacbee 7-6-2022 10:28 AM
Selamat Pengantin Baru..


Tibe teringat si muharam dan safar cite ahmad albab. Kikis reta bini sampai licin.
Quote kechikchomel 7-6-2022 10:39 AM
iolss tengok gigi dia dulu
ohhhh...cabut dah pagar
Quote Normabaru 7-6-2022 10:44 AM
prince_marhaen replied at 7-6-2022 12:01 PM
HUTANG ORANG DAH BAYAR BELUM? Dah ada kerja kan? terus nak kawin yek... lepas tu masuk peti ais, sum ...

Mana tahu berlumut?

Ko telek ke dik

Btw Itu hari menang GGV nasyid xbyr jgk hutang org ke
Quote samshik 7-6-2022 10:46 AM
Another beewak minta ditaja.. Sekian
Quote doubleA 7-6-2022 10:47 AM
Parasitnya dia ni
Quote darkness 7-6-2022 11:01 AM
Sejak dia xserius dgn erra dulu, aku dah mula xberkenan dgn dia
Quote alieyrina 7-6-2022 11:12 AM
Ada org nak tanggung kan..tunggu lagi
Quote wirazam 7-6-2022 11:28 AM
Dasarrrrrr
Quote elzy 7-6-2022 11:43 AM
Jual rupa ker? Oppss
Quote kiah_mai_pulak 7-6-2022 11:49 AM
air pun dh penuh 1 kepala tu.. elok lah cpt2 ada psgan halal

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044376 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top