Sebut sahaja Ajinomoto, semua pasti tahu kegunaannya sebagai pelengkap rasa. Bagi kebanyakan individu, sesuatu masakan itu dikatakan seakan tidak ‘sempurna’ tanpa ditambah bahan perasa Ajinomoto.
MyCheck menerima satu dakwaan mengatakan penambah perasa Ajinomoto memberi kesan mudarat kepada kesihatan manusia antaranya kepala menjadi cepat botak, berasa pening, cepat haus dan paling membimbangkan dikatakan penyebab kanser. Berdasarkan semua maklumat yang kami kumpul, tidak terdapat bukti saintifik yang berasas bagi mengaitkan penggunaan Ajinomoto atau MSG jenama lain dalam masakan menjadi punca beberapa penyakit seperti yang didakwa. Kebanyakan maklumat yang kami rujuk menjelaskan status produk MSG atau Ajinomoto diakui selamat serta disokong oleh badan-badan antarabangsa. Malah di negara ini, Akta dan Peraturan Makanan 1985 mengklasifikasi MSG sebagai penambah perisa makanan yang dibenarkan. Apa juga alasannya, kita sendiri tentukan produk makanan apa yang ingin kita ambil. Tip yang kami peroleh dari Neuroversiti adalah patuhi sukatan yang digariskan pada produk, kurangkan makanan ringan dan makanan segera yang tinggi kandungan garam, kurangkan makan di kedai kerana kita tidak tahu berapa banyak sukatan, garam, gula mahupun MSG yang digunakan dan kurangkan makanan yang diawet atau dijeruk. Selain itu kurangkan juga jumlah bahan perasa seperti sos tiram, sos tomato, sos cili dan kiub perasa ketika memasak. Rasa tawar sedikit tidak mengapa atau nikmatilah keaslian rasa asli rempah-ratus, bawang dan lain-lain. Kesimpulannya MSG atau Ajinomoto itu selamat dimakan, yang penting berpada-pada dalam penggunaannya kerana apa jua perkara yang berlebih-lebihan pasti ada mudaratnya. Sumber: MyCheck
|
mizruncing replied at 3-6-2022 03:22 PM
sapa yg tak makan ajinomoto tu, perencah cukup rasa n fast food semua tu makan tak
hashashes: Masa sekolah rendah ada kawan aku cakap mak dia masak tak pakai Ajinomoto. So aku pun balik lah kepochi kat mak aku. Kau tau mak aku jawab apa, mesti ...
msdummy.2018 replied at 3-6-2022 05:13 PM
Ajinomoto tuh bahaya, kiub ayam, cukup rasa maggie atau jenama lain selmat diambil..tiram pun selm ...
ghalibboy replied at 3-6-2022 06:58 PM
Aji na moto ada orang guna sebagai baja tumbuhan
mizruncing replied at 7-6-2022 11:22 AM
itu lahhh. semua sama je ada msg. semua kena ambik dlm kuantiti yg memadai la org kata. meols pn k ...
_kelly replied at 3-6-2022 08:18 PM
kat rumah tak guna aji secukup rasa bagai..ciken stok ada beli tapi jarang guna sampai expired pon a ...
glump replied at 3-6-2022 07:10 PM
Kalau dah biasa makan kat kedai .. makanan dimasak tanpa ajinomoto rasa kureng .tapi yg pasti kalau ...
ADVERTISEMENT