![]() Sumber: Tiktok Fiena Nasir
Setiap pasangan berkahwin pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia bersama-sama hingga ke akhir hayat. Namun, setiap pasangan pasti akan diuji oleh Allah SWT untuk melihat setinggi mana rasa sayang kita terhadap pasangan kita. Poligami merupakan topik paling ditakuti setiap wanita yang bergelar isteri. Isteri mana yang mahu berkongsi kasih dengan wanita lain. Bukan semua mampu untuk reda apabila mendapat berita bahawa suami mereka mahu berkahwin lain.
Kisah yang sama berlaku kepada wanita dikenali sebagai Fiena Nasir ini. Menerusi akaun Tiktoknya, dia menceritakan kisah yang terpaksa dilaluinya. Menurut wanita ini, selepas sembilan tahun berkahwin suaminya tiba-tiba menyatakan hasrat mahu berkahwin lain. Pada mulanya, wanita ini sukar untuk menerima berita ini kerana hidupnya sangat bahagia sepanjang sembilan tahun berkahwin dengan suaminya. Walaupun berat ujian yang diberikan kepada wanita ini, akhirnya dia reda dengan takdir Allah. Fiena bukan sahaja menerima untuk hidup berpoligami malah dia juga sanggup untuk pergi ke majlis kenduri suami dan madunya pada Februari lalu selepas beberapa kali dipujuk suaminya. Baru-baru ini, Fiena berkongsikan video yang menunjukkan dia sedang mengecat rumah madu kerana kasihan kepada suaminya yang membuat kerja itu seorang diri. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fiena diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini. - CARI Sumber: Tiktok Fiena Nasir |

jazaa100 replied at 3-6-2022 11:50 AM
Bak kata @prettyuglybabe .....
Dia jual apa.....
Jitu replied at 3-6-2022 02:54 PM
boring aku tengok content mcm ni
baik aku layan wwf tengok hbk wrestling

prettyuglybabe replied at 3-6-2022 01:59 PM
hahaha.. demi content..
tengok brand kat badan pun tau sejenis batak..
mesti jual brg yg x laku sgt. Sbb tu buat content baru pulak cat rumah madu . There’s a fine line (utk kes mcm dia) between baik n bodohJitu replied at 3-6-2022 02:54 PM
boring aku tengok content mcm ni
baik aku layan wwf tengok hbk wrestling
anony-mous replied at 5-6-2022 09:38 AM
Tu pon ada sbijik tu jah kelek kehulu kehilir mesti jual brg yg x laku sgt. Sbb tu buat cont ...

ADVERTISEMENT