CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4104|Reply: 23

Berat Ujian Dimadukan Tapi Isteri Reda Terima, Siap Tolong Cat Rumah Madu!

[Copy link]
Post time 3-6-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Fiena Nasir


Setiap pasangan berkahwin pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia bersama-sama hingga ke akhir hayat. Namun, setiap pasangan pasti akan diuji oleh Allah SWT untuk melihat setinggi mana rasa sayang kita terhadap pasangan kita.


Poligami merupakan topik paling ditakuti setiap wanita yang bergelar isteri. Isteri mana yang mahu berkongsi kasih dengan wanita lain. Bukan semua mampu untuk reda apabila mendapat berita bahawa suami mereka mahu berkahwin lain.





Kisah yang sama berlaku kepada wanita dikenali sebagai Fiena Nasir ini. Menerusi akaun Tiktoknya, dia menceritakan kisah yang terpaksa dilaluinya.


Menurut wanita ini, selepas sembilan tahun berkahwin suaminya tiba-tiba menyatakan hasrat mahu berkahwin lain.





Pada mulanya, wanita ini sukar untuk menerima berita ini kerana hidupnya sangat bahagia sepanjang sembilan tahun berkahwin dengan suaminya. Walaupun berat ujian yang diberikan kepada wanita ini, akhirnya dia reda dengan takdir Allah.


Fiena bukan sahaja menerima untuk hidup berpoligami malah dia juga sanggup untuk pergi ke majlis kenduri suami dan madunya pada Februari lalu selepas beberapa kali dipujuk suaminya.





Baru-baru ini, Fiena berkongsikan video yang menunjukkan dia sedang mengecat rumah madu kerana kasihan kepada suaminya yang membuat kerja itu seorang diri.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fiena diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini. - CARI




Sumber: Tiktok Fiena Nasir







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata @prettyuglybabe .....

Dia jual apa.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:02 PM | Show all posts
ramai nya komen baik2 pasal poligami :p
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kawen 2 tu maksudnya laki dia mampu. Pasaipa cat sendri. Upah org je lar. Fishy.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 01:59 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 3-6-2022 11:50 AM
Bak kata @prettyuglybabe .....

Dia jual apa.....

hahaha.. demi content..
tengok brand kat badan pun tau sejenis batak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 02:21 PM | Show all posts
kalo mampoooo blh dduk goyang kaki kt rmah mngkin laaa blh trima dn berbaik.. tp klo ko pon kne keje cri pndapatan tmbahan, kaki la jwb die mntk kawen lg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
boring aku tengok content mcm ni
baik aku layan wwf tengok hbk wrestling
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 03:29 PM | Show all posts
Yang buat macam ni lebih marketing je mungkin kot ada pulak yang lain berkenan boleh ler menumpang di dahan baru tak perlu berkongsi lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah2 hepi sebab dpt buat content rare. Hai bodohnya, mcm tu ke nak kawen 2, tukang cat pun x mampu nk upah. Ketahian apakah dalam tiktok inni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada kerja, cari kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 12:18 AM | Show all posts
Pompuan bodo..sebok apa rumah madu.laki hang pi jelaa upah org
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 10:32 AM | Show all posts
jenguk profile dia...
jual brg rupanya...

kalau redha, org kebanyakkan diam jer...
ni marketing dlm diam namanya..
klu laki dia mampu, dia hanya goyang kaki jer kt rumah..
boleh ko upah org cat tumah madu ko tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh kau ni bodohnya.  Kau tolong cat rumah madu kau kesian kat laki, laki kau dgn madu kau tengah buat apa dlm bilik tu? Bodow la kau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau saya, teruskan hadiah laki tu kat madu.
Claim nafkah, harta sepencarian dulu.
Tak perlu nak jaga makan pakai suami,
Tak kuasa nak tolong cat rumah orang
Uruskan rumah sendiri dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 05:56 PM | Show all posts
Jitu replied at 3-6-2022 02:54 PM
boring aku tengok content mcm ni
baik aku layan wwf tengok hbk wrestling

tadi ada video 2 pompuan bergusti tepi jalan, ramai2 dok berkumpul merekod video bukan nak meleraikan. Mungkin untuk content tiktok sama cam kes ni tibe rajin mengecat umah madu, pekejadah baik ko cat umah ko je. semua ni demi content tiktokers
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Anuu jubor ayam belaka ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2022 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki sengkek nk upah org cat umah pun x mampu
Bodo nya bini2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-6-2022 01:59 PM
hahaha.. demi content..
tengok brand kat badan pun tau sejenis batak..

Tu pon ada sbijik tu jah kelek kehulu kehilir mesti jual brg yg x laku sgt. Sbb tu buat content baru pulak cat rumah madu . There’s a fine line (utk kes mcm dia) between baik n bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 3-6-2022 02:54 PM
boring aku tengok content mcm ni
baik aku layan wwf tengok hbk wrestling

Blas inbox iol lgi bgus.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 09:49 AM | Show all posts
anony-mous replied at 5-6-2022 09:38 AM
Tu pon ada sbijik tu jah kelek kehulu kehilir  mesti jual brg yg x laku sgt. Sbb tu buat cont ...

kan.. tah tah yang sebjik tu pun fufu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.131753 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list