CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makcik-Makcik Nak Tumbuk Wan Raja, Korek Kisah Peribadi Selepas Nama Glamour

3-6-2022 07:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6574| Komen: 43

"Ada golongan wanita dan 'makcik-makcik' yang pernah komen di media sosial saya, kalau jumpa saya memang nak tumbuk saya.

"Namun situasinya berbeza pula bila dah jumpa. Semua kata seronok jumpa saya, puji lakonan saya dan siap minta bergambar lagi,".

Demikian kata pelakon Wan Raja mengulas keberkesanan watak jahat lakonannya sebagai Harris dalam drama Dendam Seorang Isteri yang menjadi perhatian peminat.

Foto: IG

Menurutnya, selepas dikenali ada pula peminat yang cuba mengorek kisah peribadinya yang sebelum ini tidak diketahui ramai.

"Mereka nak tahu siapa Wan Raja? Dah kahwin atau belum dan sebagainya lagi. Akhirnya barulah mereka tahu saya adalah suami kepada Yaya Maembong dan abang ipar Emma Maembong.


"Kebetulan pula Yaya berlakon cerita Nusyuz Berkiblat Cinta yang agak popular bersama Emma , orang pun perasan juga berkenaan hubungan kami.

"Terus orang korek cerita peribadi keluarga kami. Terus mereka tahu anak kami yang berlakon cerita Sayang Papa Saya Tak? terbitan Suhan Movies & Trading sebelum ini. Kiranya secara tak langsung keluarga kami sudah dikenali," katanya kepada Harian Metro.

Wan Raja berkata, setakat ini dia bersyukur tiada peminat yang melampaui batas sehingga mengganggu kehidupannya bersama keluarga.



"Perkara ini tiada masalah. Tak pernah ada peminat wanita atau lelaki yang nak mengurat saya. Mungkin sebab dengan rupa dan usia saya, orang lebih hormat dengan apa yang saya buat.

"Banyak yang mesej terus di Instagram hanya puji lakonan saya dan ucap syabas. Tak lebih dari itu. Saya sebenarnya ingin nak berlakon cerita epik watak bangsawan sebab saya pun bermula dari pentas bangsawan," katanya.




Katanya, dia faham cerita begini jarang sekali dihasilkan mana-mana penerbit kerana kosnya yang tinggi. "Selain itu saya juga sukakan watak lelaki kampung seperti nelayan, petani dan cikgu di kawasan pedalaman. Saya kurang gemar watak korporat. Apapun saya nak ucap terima kasih kepada stesen TV yang berani ambil saya bawa watak yang besar dalam Dendam Seorang Isteri.



"Saya pun asalnya dari pentas dan bukannya bermula dari model yang jadi kegilaan ramai," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lovelytouch 3-6-2022 08:09 AM
Walaupun ngko bukan model kegilaan ramai tapi akaq crush kat kau okey!
Quote Minami2013 3-6-2022 08:16 AM
First time tgk dia berlakon jadi watak lelaki lembut... mmg menjadi sgt. Lepas tu baru tau nama dia wan raja.
Quote prince_marhaen 3-6-2022 08:54 AM
meols loveee heols.....sejak dulu lagi...jantan sangat, berlakon best...attitude pun best...cuma kadang-kadang caption social media heols macam deep sangat sampai jadi merepek...tapi meols tak kisah...tibehh
Quote selipar_hijau 3-6-2022 08:56 AM
wan raja helokkk
Quote rbmy 3-6-2022 09:05 AM
untung yaya
Quote Belibis 3-6-2022 09:13 AM
Perasan dia ni dlm drama i_ tanggang..pastu baru la makin kerap..
Quote cap_ayam 3-6-2022 09:23 AM
Suka tengok wan raja dan yaya dalam iklan raya bank rakyat arahan arwah Mamat Khalid.

Pelakon berbakat. Baguslah semoga sentiasa ada job
Quote ibu_haritz 3-6-2022 09:52 AM
suka tgk dia berlakon watak komedi
Quote kuzaime 3-6-2022 09:56 AM
Antara pelakon yg talented, bagilah apa2 watak pun jadikk
Quote mamajawie 3-6-2022 10:14 AM
btw bini mermaid dia tu da bertudung ea?iollss suka sia ni berlakon ada 1 dia ni berlakon dlam klip video lagu penyanyi bbnu tapi muka heollss mak aihhh bergetar iman chuollss tersangatlah daddy2 choke me please vibe gituuhh..
Quote missHaidiD 3-6-2022 10:30 AM
mamajawie replied at 3-6-2022 10:14 AM
btw bini mermaid dia tu da bertudung ea?iollss suka sia ni berlakon ada 1 dia ni berlakon dlam klip  ...

Bini dia bkn mermaid tu kan.bini dia bertudung kan..yg jadi kakak  ema dlm cite ema jd amber heard tu
Quote mamajawie 3-6-2022 10:32 AM
missHaidiD replied at 3-6-2022 10:30 AM
Bini dia bkn mermaid tu kan.bini dia bertudung kan..yg jadi kakak  ema dlm cite ema jd amber heard ...

oh, ingatkan bini dia yg mermaid tu..

Quote missHaidiD 3-6-2022 10:34 AM
mamajawie replied at 3-6-2022 10:32 AM
oh, ingatkan bini dia yg mermaid tu..

Mermaid tu beby maembong. Bini dia yaya
Quote missHaidiD 3-6-2022 10:34 AM
Eh kt sini iols bole letak gmbr pulak. Kt sblh nk letak gmbr tinipap tak bole. Siapa la gatal.repot
Quote da_vinci 3-6-2022 10:49 AM
iols geram watak wan raja dlm i-tanggang tu....penakut dgn anak sendiri
Quote nawtylulu 3-6-2022 10:53 AM
suka die berlakon.. smpai feel tu klo die bwk watak..
Quote doubleA 3-6-2022 11:03 AM
Pelakon versatil, dulu iols tertukar dia ni dengan laki safura
Quote SherryZass 3-6-2022 11:05 AM
yes, betul kata2 forumer ituh, dia best berlakon, muka pun helok
Quote kashaz 3-6-2022 11:18 AM
eh, muka dia my taste sgt okeh.
bukan typical ensem, tp very manly.
kelakar pun best, jahat pun best. gila2 pun nampak. gentleman pun nampak.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070697 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top