View: 5808|Reply: 43
|
Makcik-Makcik Nak Tumbuk Wan Raja, Korek Kisah Peribadi Selepas Nama Glamour
[Copy link]
|
|
"Ada golongan wanita dan 'makcik-makcik' yang pernah komen di media sosial saya, kalau jumpa saya memang nak tumbuk saya.
"Namun situasinya berbeza pula bila dah jumpa. Semua kata seronok jumpa saya, puji lakonan saya dan siap minta bergambar lagi,".
Demikian kata pelakon Wan Raja mengulas keberkesanan watak jahat lakonannya sebagai Harris dalam drama Dendam Seorang Isteri yang menjadi perhatian peminat.
Foto: IG
Menurutnya, selepas dikenali ada pula peminat yang cuba mengorek kisah peribadinya yang sebelum ini tidak diketahui ramai.
"Mereka nak tahu siapa Wan Raja? Dah kahwin atau belum dan sebagainya lagi. Akhirnya barulah mereka tahu saya adalah suami kepada Yaya Maembong dan abang ipar Emma Maembong.
"Kebetulan pula Yaya berlakon cerita Nusyuz Berkiblat Cinta yang agak popular bersama Emma , orang pun perasan juga berkenaan hubungan kami.
"Terus orang korek cerita peribadi keluarga kami. Terus mereka tahu anak kami yang berlakon cerita Sayang Papa Saya Tak? terbitan Suhan Movies & Trading sebelum ini. Kiranya secara tak langsung keluarga kami sudah dikenali," katanya kepada Harian Metro.
Wan Raja berkata, setakat ini dia bersyukur tiada peminat yang melampaui batas sehingga mengganggu kehidupannya bersama keluarga.
"erkara ini tiada masalah. Tak pernah ada peminat wanita atau lelaki yang nak mengurat saya. Mungkin sebab dengan rupa dan usia saya, orang lebih hormat dengan apa yang saya buat.
"Banyak yang mesej terus di Instagram hanya puji lakonan saya dan ucap syabas. Tak lebih dari itu. Saya sebenarnya ingin nak berlakon cerita epik watak bangsawan sebab saya pun bermula dari pentas bangsawan," katanya.
Katanya, dia faham cerita begini jarang sekali dihasilkan mana-mana penerbit kerana kosnya yang tinggi. "Selain itu saya juga sukakan watak lelaki kampung seperti nelayan, petani dan cikgu di kawasan pedalaman. Saya kurang gemar watak korporat. Apapun saya nak ucap terima kasih kepada stesen TV yang berani ambil saya bawa watak yang besar dalam Dendam Seorang Isteri.
"Saya pun asalnya dari pentas dan bukannya bermula dari model yang jadi kegilaan ramai," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun ngko bukan model kegilaan ramai tapi akaq crush kat kau okey! |
|
|
|
|
|
|
|
First time tgk dia berlakon jadi watak lelaki lembut... mmg menjadi sgt. Lepas tu baru tau nama dia wan raja. |
|
|
|
|
|
|
|
meols loveee heols.....sejak dulu lagi...jantan sangat, berlakon best...attitude pun best...cuma kadang-kadang caption social media heols macam deep sangat sampai jadi merepek...tapi meols tak kisah...tibehh |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan dia ni dlm drama i_ tanggang..pastu baru la makin kerap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok wan raja dan yaya dalam iklan raya bank rakyat arahan arwah Mamat Khalid.
Pelakon berbakat. Baguslah semoga sentiasa ada job |
|
|
|
|
|
|
|
suka tgk dia berlakon watak komedi |
|
|
|
|
|
|
|
Antara pelakon yg talented, bagilah apa2 watak pun jadikk |
|
|
|
|
|
|
|
btw bini mermaid dia tu da bertudung ea?iollss suka sia ni berlakon ada 1 dia ni berlakon dlam klip video lagu penyanyi bbnu tapi muka heollss mak aihhh bergetar iman chuollss tersangatlah daddy2 choke me please vibe gituuhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 3-6-2022 10:14 AM
btw bini mermaid dia tu da bertudung ea?iollss suka sia ni berlakon ada 1 dia ni berlakon dlam klip ...
Bini dia bkn mermaid tu kan.bini dia bertudung kan..yg jadi kakak ema dlm cite ema jd amber heard tu |
|
|
|
|
|
|
|
oh, ingatkan bini dia yg mermaid tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 3-6-2022 10:32 AM
oh, ingatkan bini dia yg mermaid tu..
Mermaid tu beby maembong. Bini dia yaya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Eh kt sini iols bole letak gmbr pulak. Kt sblh nk letak gmbr tinipap tak bole. Siapa la gatal.repot |
|
|
|
|
|
|
|
iols geram watak wan raja dlm i-tanggang tu....penakut dgn anak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
suka die berlakon.. smpai feel tu klo die bwk watak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon versatil, dulu iols tertukar dia ni dengan laki safura |
|
|
|
|
|
|
|
yes, betul kata2 forumer ituh, dia best berlakon, muka pun helok |
|
|
|
|
|
|
|
eh, muka dia my taste sgt okeh.
bukan typical ensem, tp very manly.
kelakar pun best, jahat pun best. gila2 pun nampak. gentleman pun nampak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|