Gaya pemanduan berbahaya di atas jalan raya sering menjadi topik perbualan netizen, terutama di platform-platform media sosial.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang Mak Cik baru-baru ini. Bergelang emas dan menghulurkan tangannya ke luar tingkap kereta, aksi Mak Cik berkenaan yang dilihat selamba berbuat demikian menyorot perhatian netizen. Tidak hanya gelang yang bersaiz mega, kelihatan mak cik itu turut mengenakan beberapa bentuk cincin yang turut diperbuat daripada emas.
“Dia saja je kan. Tak sayang betul… dia ada banyak tu sis dekat rumah.” “Hati-hati mak cik tangan tu tak payah parking kat luar.” “Jerit kak, cakap dengan mak cik tu tak sayang nyawa ke?” “Tak pasal-pasal nanti tangan tu putus.” Begitupun, ada yang mempersoalkan individu yang hanya merakam aksi berkenaan, tetapi tidak menegur Mak Cik itu. Sumber: Gempak |
ADVERTISEMENT