CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Kehilangan Lelaki Dan Perempuan Usia 19 Tahun Di Kuala Selangor, Ditemukan Mati Dalam MPV Di Cheras

1-6-2022 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24258| Komen: 170

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan dua sahabat yang dilaporkan hilang di Kuala Selangor, 25 Mei lalu terbongkar dengan penemuan mayat mereka di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di parkir sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi orang awam yang menemukan mayat dalam MPV Toyota Alphard, 8.26 malam.

Foto: Harian Metro

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Salak Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.


"Hasil siasatan di lokasi menemui mayat seorang wanita tempatan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki tempatan masing-masing berusia 19 tahun di bahagian penumpang belakang MPV berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya dimaklumkan ada laporan polis dibuat mengenai kehilangan kedua-dua individu berkenaan oleh ibu bapa mereka di Kuala Selangor pada 25 Mei lalu.

"Pemeriksaan pada badan kedua-dua mayat itu serta lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

"Kedua-dua mayat terbabit dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk proses bedah siasat.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan, Inspektor Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 1-6-2022 02:11 PM
kena culik ke?pasangan kekasih? banyak tak clear ni
Quote Mary_jane 1-6-2022 02:20 PM
Driver nya mana? Tak mungkin terhidu gas, sebab tak mention pun enjin kereta hidup. Atau suicide?
Quote KamikuP 1-6-2022 02:21 PM
Bunuh diri ke atau terhidu kebocoran karbon? Something fishy
Quote kechikchomel 1-6-2022 03:34 PM
kat mana nak baca berita pasal 2 remaja yg hilang ni?

update :
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/847847/mangsa-dipercayai-meninggal-dunia-antara-4-5-hari-lalu

  • dah meninggal 4-5 hari lepas
  • alphard ni dah di park 5 hari lepas
  • masa jumpa, enjin mati



Quote jlo 1-6-2022 03:36 PM
Al fatihah..
Quote Artemesiaa 1-6-2022 03:40 PM
Bau ikan sangat pasti ada orang lain terlibat memandangkan kedudukanya sorang didepan dan seorang lagi dibahagian belakang.
Quote tompie 1-6-2022 03:47 PM
mcm kisah cinta terhalang. Romeo and Juliet.
Quote me12345 1-6-2022 03:56 PM
Spekuan ku: Tak dpt balik terus rumah drod KL tgh mlm, tidur dlm kereta tutup engin dan tingkap..terus tertidur forever.
Quote manehnya 1-6-2022 04:20 PM
bangsa ape ni
Quote 3chanceno 1-6-2022 04:24 PM
Kesian famili trauma bila dapat berita gini. Takziah pada famili
Quote melekaifc 1-6-2022 04:24 PM

melayu dua orang ni

Quote manehnya 1-6-2022 04:26 PM

mmm.... terok tu
Quote gekkou 1-6-2022 04:57 PM
uish bunuh diri ka?
muda lagi masing2 ha
Quote delia3003 1-6-2022 05:11 PM
Edited by delia3003 at 1-6-2022 07:03 PM

Seram tuan punya kereta sebelah menyebelah bila tau. Cermin gelap sgt ke sampai orang tak perasan.
Quote Lagubestbest 1-6-2022 05:14 PM
Uish adik I selalu buat gini, tido dalam kete semalaman kat RnR.
Quote pagaruyung 1-6-2022 05:58 PM
Apartment mana ni?
Quote mejaputih 1-6-2022 06:00 PM
Kete alphard ni milik siapa?
Quote kaoru44 1-6-2022 06:01 PM
Kiranya dh 4-5 hari mninggal baru org perasan ke? Scaryyynyaaa...
Quote jfq 1-6-2022 06:08 PM
Siapa punya kereta?
Kalau parking dlm kondo mesti kena register kat guard kalau visitor car

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.135750 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top