CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tempat Sama, Perasaan Berbeza' - Da'i Syed Gembira Bebas Tuduhan Jenayah Seksual

1-6-2022 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6583| Komen: 62

Perasaan bercampur baur, itu dirasakan pendakwah selebriti Da'i Syed selepas dibebaskan atas tuduhan mencabul seorang penuntut kolej swasta.

"Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Sebak, gembira dan pada masa yang sama syukur ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah…itu saja yang dapat saya luahkan pada ketika ini," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG Da'i Syed

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, yang juga dituduh melakukan persetubuhan di luar tabii akhirnya menarik nafas lega selepas keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

"Tiada apa yang ingin saya luahkan pada ketika ini, hanya ucapan bersyukur kerana keputusan berpihak kepada saya.



"Hanya ucapan syukur kepada Allah SWT. Dalam pada itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal.



"Saya sangat menghargai kata-kata semangat dan sokongan serta tidak lupa buat pihak yang mendoakan sejahteraan buat saya," tambahnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 31-5-2022 02:02 PM
Aku masuk thread sebab nak tahu whoryus syed Iqmal tu? Rupenyehhhh
Quote maxim 31-5-2022 02:05 PM
hmmm..so kes ebit pon ending die cmni gak la kan
Quote mojarean_X 31-5-2022 02:06 PM
Mendonia lah lg dia ni
Quote TomyamPuteh 31-5-2022 02:08 PM
Dengarkan kan la... Disepanjang malam aku berdoa....
Quote Raline 31-5-2022 02:11 PM
skgn ni BETUL KE FITNAH ni????
Quote Raline 31-5-2022 02:11 PM
Da'i Syed bebas tuduhan jenayah seksual


DA'I Syed (kanan) bersama peguamnya selepas Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskannya daripada tuduhan jenayah seksual. FOTO Eizairi Shamsudin.

Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.

"Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan," katanya.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.


sUMBER:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... han-jenayah-seksual

Quote dewi_rina 31-5-2022 02:19 PM
Budak pompuan tu tarik kes kan? Kena ugut ke?
Quote Burong_Hantuk 31-5-2022 02:20 PM
Jawablah di sana nanti.....di negara abadi
Quote Hoola 31-5-2022 02:30 PM
Bkn pmuja tsyum sinis
Pmuja pula tsyum kgirangn.
Moga ap sj kbnaran akn terbukahijbnya
Quote 3chanceno 31-5-2022 02:32 PM
Speechless...semuga mangsa2 kuat semangat menghadapi hari2 yang mendatang.
Quote Mary_jane 31-5-2022 02:37 PM
Jangan nanti mangsa tu update kat tiktok itu ini. Kosser lah orang nak melayan.
Quote epal_putih 31-5-2022 02:43 PM
Huhuhu
Ada loyar & fulusss semua jadiiiiiiiii
Quote SherryZass 31-5-2022 02:51 PM
makadek replied at 31-5-2022 06:17 AM
Pemuja dia mesti sujud syukur kawn aku ade sorang penetik gila

Boleh baca komen2 kat IG je chuolls, banyak gila yg side si jantan ni. Siap kata fitnohhh & salahkan mangsa menfitnohhh heolls. Gila betul
Quote Raline 31-5-2022 02:51 PM
3chanceno replied at 31-5-2022 02:32 PM
Speechless...semuga mangsa2 kuat semangat menghadapi hari2 yang mendatang.

brtul ke??? ni adehhh kompius aku
Quote smeetasmitten 31-5-2022 02:54 PM
Off course la fitnah. Dia kan hensem mcm nabi yusuf. Bukan i kata. Penetiķ yg kata
Quote Normabaru 31-5-2022 02:59 PM
DNAA=discharge not amount acquittal la reput oiii


Sukati tukar jd lepas Dan bebas...

Org nk bukak benang ko nk bukak benang tp satu hapak xfhm
Quote stania83 31-5-2022 02:59 PM
tak cukup bukti, cuma ada accusation.lain la kalau ada bukti dna. mahkahmah rela melepaskan 100 orang jahat daripada menghukum 1 orang baik.
Quote maxim 31-5-2022 03:05 PM
Normabaru replied at 31-5-2022 02:59 PM
DNAA=discharge not amount acquittal la reput oiii

tu la konfius gak baca td

captures_chrome-capture-2022-4-31.png



Quote Normabaru 31-5-2022 03:10 PM
maxim replied at 31-5-2022 05:05 PM
tu la konfius gak baca td

Terdahulu pendakwaaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas TANPA dibebaskan mengikut Seksyen 254 (2).


TT TULIS BEBAS TUDUHAN..

kan ke jauh menyimpang tajuk dgn berita sebenar..belum akhir zaman dh macam2

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070888 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top