Tidak dinafikan, ramai ibu bapa menghadapai pelbagai fasa rumit dalam perjalanan membesarkan anak terutamanya ketika mereka masih kecil. Ditambah pula dengan situasi di mana bayi terlalu manja dengan ibu bapa sehingga tidak boleh berenggang walau sesaat. Situasi ini dipanggil 'Separation Anxiety'. Terdapat banyak kes di mana ketika si ibu perlu kembali ke pejabat, keadaan menjadi semakin parah kerana anak tidak boleh melepaskan pandangan dari mereka. Pantang tidak nampak wajah ibu atau ayah pasti anak akan mula merengek, menangis dan mahu melekat sahaja. Untuk pengetahuan semua, Separation Anxiety banyak berlaku kepada anak kecil berumur lingkungan 6 bulan hingga 3 tahun. Menurut pakar, perkara ini menjadi kebiasaan dalam kehidupan ibu bapa sepanjang membesarkan anak-anak. Baru-baru ini, tular video dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai lampuukircustom. Menerusi posting itu, wanita ini mengakui bahawa dia berasa dalam tekanan yang teruk apabila anaknya tidak boleh berenggang dengannya walau sesaat. Hal ini menyebabkan banyak kerjanya menjadi tertunda. Wanita ini juga mengatakan bahawa dia berasa 'letih' kerana terpaksa melayan anaknya yang selalu menangis seolah-olah seperti didera apabila tidak bersamanya. Dia juga tidak boleh bekerja kerana harus menjaga anaknya. Tambah wanita ini, dia berasa stres kerana tidak mampu mencari rezeki dan menambah pendapatan keluarganya hanya kerana anaknya tidak boleh berenggang dengannya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini. Di samping itu, netizen juga berkata para suami juga harus peka mengenai perkara ini dan turut sama membantu isteri dalam membesarkan anak-anak. - CARI |
Thunderclouds replied at 1-6-2022 12:39 PM
Baru sorg dh stresss. Blom 2..3org..nak2 pulak ada yg special needs / perlu fully assisted. Lemah.
ADVERTISEMENT