CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Pelamin RM600k, Duit Hantaran RM400k" - Netizen Terpukau Lihat Majlis Kahwin Ala Fairytale!

31-5-2022 07:28 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 10813| Komen: 93|Original author: Cinta Erina

Description: Baru-baru ini, tular foto dan video majlis perkahwinan yang dikatakan 'Wedding of The Year' kerana begitu mewah dan hebat. Majlis perkahwinan yang bertemakan alam fantasi itu membuatkan ramai terpegun ...
Sumber: Facebook Ahmad Jimmy


Baru-baru ini, tular foto dan video majlis perkahwinan yang dikatakan 'Wedding of The Year' kerana begitu mewah dan hebat. Majlis perkahwinan yang bertemakan alam fantasi itu membuatkan ramai terpegun kerana lain dari yang lain. 


Menurut sumber, pengantin wanita berasal dari Suku Suluk Sabah menerima wang hantaran dari suaminya sebanyak RM400,000. Yang menarik perhatian ramai adalah pelamin di majlis pasangan itu menelan belanja sebanyak RM600,000! Memang betul-betul level kayangan. 


" data-width="500">Loading FB Post...

Justeru, ramai netizen mengatakan bahawa wanita itu sangat bertuah kerana dapat membuat majlis perkahwinan yang diidamkan setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. 

Menurut sumber, jumlah wang hantaran yang diberikan kepada pengantin perempuan itu telah mencipta rekod dalam sejarah di Sabah. 

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini, semoga ikatan yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 31-5-2022 07:31 AM
rasa macam membazir je jah..
baik pelamin tu ko beli 6 biji rumah kos rendah kat sabah tu, pastu sewakan..gitu

tapi duit ko kan, suka hati ko je la..asal tak makan rasuah, scam orang dan amik duit rakyat sudah...
Quote scorpionkiki 31-5-2022 07:34 AM
Diaorang ni siapa di sabah...anak millionaire mana? I assumed millionairelah sbb this kind of budget utk majlis bbrp jam saja
Quote Decaffeinated 31-5-2022 07:43 AM
scorpionkiki replied at 31-5-2022 07:34 AM
Diaorang ni siapa di sabah...anak millionaire mana? I assumed millionairelah sbb this kind of budget ...

Istilah millionaire dah tak boleh guna kat malaysia untuk menggambarkan kekayaan.
Quote ultra78 31-5-2022 07:45 AM
Siapakah laki dia?

Ahli politik?
Anak ahli politik?
Founder kosmetik?

Quote xAthenax 31-5-2022 07:46 AM
scorpionkiki replied at 31-5-2022 07:34 AM
Diaorang ni siapa di sabah...anak millionaire mana? I assumed millionairelah sbb this kind of budget ...

bila sebut kaya kat Sabah ni, kaka assume keluarga late Tun Mustapha Harun dan Tok Haris Salleh jah. family musatakAman tu pun loaded juga. Tapi ni kaum suluk, so tekaan kaka ni jauh tersasar. Kita tunggu cikgu Chazey komen
Quote akusukaq 31-5-2022 08:01 AM
xAthenax replied at 31-5-2022 07:46 AM
bila sebut kaya kat Sabah ni, kaka assume keluarga late Tun Mustapha Harun dan Tok Haris Salleh ja ...


Sebut late Tun Datu Mustaffa terus teringat mak aku pernah ngajar dua orang anak pompuan arwah di Sek Raja Perempuan Taayah Ipoh dulu kala1968. Sedeh mak aku kata dua dua pun murid kelas ujung, ujian bulanan pun tak pernah lulus..kaya tapi lembam.
Quote damian_lee 31-5-2022 08:05 AM
yang xmenahan nanti adik2 kepam mula la feeling2 ada duit
nak pelamim mcm tu
lepas tu duk cerca wedding organizer or pembuat pelamin
sbb kata tak boleh pelamin mcm tu
(bajet ciput feeling2 nak mcm tu)

pastu ada sanggup buat loan
semata2 nak buat wedding gah
hapoooo

nota: sekadar luahan hati setelah beberapa purnama duk melayan pengantin2 xsedo diri
Quote emera 31-5-2022 08:27 AM
Harap jodohnya panjang lerr
Quote xy_daen 31-5-2022 08:32 AM
Hujung2 bau ikan kering...
Quote .HannahMontana. 31-5-2022 08:34 AM
yang paling cantik dalam majlis kahwin aku hanyalah aku.





Quote .HannahMontana. 31-5-2022 08:36 AM
OK juga kalau ada manusia macam ini , boleh kita yang di undang ke majlis dia merasa bagaimanakah berada dalam alam fantasi

kena pula lagu fantasia bulan madu berkumandang semasa pengantin terlekat tulang ayam perghhhhhhhh
Quote Thunderclouds 31-5-2022 08:42 AM
Ada duit,lantak dia la. I ssh nk kagum bab org kaya bbelanja. Pokok pangkal sbb dia berduit,ikut dia la nk spend mcm mna. Harap2 bukan hutang la ko kenduri mcm ni. My fren ada yg dh kawin 10thn masih lom lgsai personal loan utk kenduri kawen sendri.
Quote RinIna 31-5-2022 08:58 AM
Kita punya sush nk dpt duit bnyk tu.. dia senang2 bazirkan camtu jerk.. terharu aku
Quote syamzana 31-5-2022 09:33 AM
berangan sangat gaun tu dekk. umur brp ni tgk kartun disney terbawak2 ke alam realiti gitu

tp woww sgguh hantaran tu. sapa xmau jadi taitai golek2 atas pitih
rupa paras pun sekufu dah dua2 tu
Quote sukacactus 31-5-2022 09:51 AM
Camtu ke pelamin 600k
Aku imagine penuh ballroom tu dgn fresh flowers
Ni bunga pun jarang2 je gubahnya
Tp lantak la ko nak overclaimed pun kan
Kenal pun tidak
Quote prettyuglybabe 31-5-2022 10:42 AM
tengok nama mdm mdm bagai, confirm la tauke timbang kilo anak didik mikimos..
Quote Mary_jane 31-5-2022 10:45 AM
Masih teringat wedding yang ada circus tu. Tu je yang terpahat hingga sekarang dengan wedding anak Bossku kat kazakhstan nun.
Quote imransulaiman 31-5-2022 11:13 AM
Setakat ni, baju pengantin perempuan yang terpaling cantik di Malaysia (bagi aku) adalah milik Anzalna.

Sekian.
Quote TeropongThaico 31-5-2022 11:28 AM
Moga jodoh berpanjangan till jannah

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.089097 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top