Perkongsian video di Instagram memperlihatkan pelakon Shima Anuar bertutur dengan anak perempuannya dalam bahasa Inggeris mengundang kritikan netizen di laman sosial.
Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, Shima menunjukkan mesej netizen yang mempertikaikan tindakannya menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan anak. Menurut Individu itu lagi, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak untuk berbicara dalam bahasa Melayu. "Kenapa mak ayah sekarang suka cakap orang putih dengan anak-anak dia orang. Kenapa tak cakap Melayu, bahasa Malaysia?" soal individu tersebut.
Menjawab persoalan netizen itu, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memberitahu dia mahu anaknya menguasai pelbagai bahasa bukan tertumpu pada satu bahasa sahaja. Biarpun petah berbahasa Inggeris, namun pelakon berusia 31 tahun ini tetap berbangga anak perempuannya iaitu Marian Sophia, 3, masih fasih bercakap dan memahami bahasa Melayu. Malah, pelakon drama siri SuamiKu Lelaki Pendosa ini juga memberitahu dia ingin mengajar anak-anaknya bercakap dalam bahasa Cina dan Tamil.
|
ADVERTISEMENT