View: 1732|Reply: 17
|
"Kenapa Tak Cakap Melayu?"-Shima Anuar Dikritik Biarkan Anak Cakap Bahasa Inggeris
[Copy link]
|
|
Perkongsian video di Instagram memperlihatkan pelakon Shima Anuar bertutur dengan anak perempuannya dalam bahasa Inggeris mengundang kritikan netizen di laman sosial.
Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, Shima menunjukkan mesej netizen yang mempertikaikan tindakannya menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan anak.
Foto: IG
Menurut Individu itu lagi, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak untuk berbicara dalam bahasa Melayu.
"Kenapa mak ayah sekarang suka cakap orang putih dengan anak-anak dia orang. Kenapa tak cakap Melayu, bahasa Malaysia?" soal individu tersebut.
Menjawab persoalan netizen itu, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memberitahu dia mahu anaknya menguasai pelbagai bahasa bukan tertumpu pada satu bahasa sahaja.
Biarpun petah berbahasa Inggeris, namun pelakon berusia 31 tahun ini tetap berbangga anak perempuannya iaitu Marian Sophia, 3, masih fasih bercakap dan memahami bahasa Melayu.
Malah, pelakon drama siri SuamiKu Lelaki Pendosa ini juga memberitahu dia ingin mengajar anak-anaknya bercakap dalam bahasa Cina dan Tamil.
"Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka bila besar nanti. Kalau saya boleh bercakap daIam bahasa Cina dan Tamil, saya juga akan ajar mereka bahasa itu.
"Alhamdulillah anak-anak saya fasih bercakap dan faham bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan hanya bahasa Inggeris semata-mata.
"Kalau boleh belajar banyak, kenapa nak belajar satu saja?" kata Shima.
Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Pada Februari lalu, Shima berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia sedang hamil anak ketiga namun dia terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim pada awal Mac lalu.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
ape masalahnya ajar budak cakap english?
dah kalau duduk Malaysia, nanti cakap jugak bahasa Melayu kan
cakap mix ke.
tak semua netizen cerdik. diorang cuma suka bash orang bertopengkan social media je. puas mungkin? abaikan sajaa
pernah dengar polyglot?
generasi diorang, generasi tanpa sempadan. generasi globalisasi
bahasa? budaya? norma? fashion? common sense? all in gray area
yang paling penting, agama. |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia....apa yang salahnya............netizen sekarang ni terlalu over.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong je ckp omputeh anak2 aku dikalangan diorang pn speaking |
|
|
|
|
|
|
|
Kena lah ckp english. Nampaklah urban |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2022 dahhhh
Biarlah deme nak cakap bahasa apa pun
Tengah budak2 ni otak macam sponge
Biarlah deme serap banyak bahasa
Seronok kot tahu banyak bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
Suka hati dia lah nak cakap bahasa apa pun kat rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 skrg mostly speaking jer sbb byk sgt tgk YouTube....mak bapak cakap setakat do you like it...yes..no...blah blah...bila exam grammar semua.. hancur. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakpla je la appun
Achik kirija l negeri,asyik bole ckp jepun,italietc...
Besar nnt ckp omputih nnti jgn kerek je la
Jgn kt ilookstupidwhen ispeak makay dhla
Patut buang kwarganegraan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Suka hati dialah, anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ortodok nyaaa
Anak macik bilingual
Suka hati dia lah nak cakap bahasa apa
Dengan nenek cakap melayu
Dengan kawan sekolah cakap english
Dengan kawan game cakap German
Sampai slang bercampur aduk
Tapi apa salahnya?
Bukan pasal nak acah urban
Tapi tu kelebihan dek |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah pun nak ckp english, asalkan anak fasih juga bahasa melayu.. yg kesiannya anak duduk Malaysia, tp bahasa melayu tak reti, tak pun pelat. Yg jilake bangga pula tu pelat bahasa melayu. Rasa nak baling kasut je..hidung jambu muka jawa totok perasan mat saleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh nama dia Shima anuar. Tengok dia berlakon dalam Cite suamiku lelaki pendosa nampak lawa dan tak kaku..macam garang |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak pernah ajar anak speaking, sekali tu anak jiran sebelah cina/pinoy yg tak pandai melayu. Aku igt diorg ckp bahasa ayam itik, rupanya anak aku boleh je speaking, sekali pakej bdk2 tu ajak bahasa cina dgn tagalog sikit2. Budak2 sekarang advance ye,diorg belajar bkn setakat di rumah. Ok la tu anak2 SA ni ckp english dan melayu, yg aku baca ramai mak2 mengadu anak2 ckp bahasa indon. |
|
|
|
|
|
|
|
as malaysian kalau bole semua bhs kena pandai ckp as bhs melayu, bhs mandarin, bhs tamil dan english
baru senang nak komunikasi antara satu sama lain |
|
|
|
|
|
|
|
So yesterday nak kaitkan english dgn lifestyle hidup...english tu international language, science language, economics language, access to employment opportunities...duduk msia ada advantages lebih senang jadi bilingual dan sepatutnya boleh bertutur mandarin dan tamil sekali at least simple conversation...ini awal2 dah sekat kebolehan anak2 yg pada umur mcm tu sgt senang belajar new knowledge and skills...takkan dah besar sok target jual produk kilo atau bertiktok utk berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Gila penyibuk anak org ckp bahasa apa pn nak pertikai..gila |
|
|
|
|
|
|
| |
|