Baru-baru ini, penyanyi dangdut yang mencipta nama di Indonesia, Baby Shima dikritik teruk apabila dia dikatakan bergelek ketika membuat persembahan pada majlis sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri.
Netizen bertambah geram apabila wanita berkenaan dalam satu kenyataan secara berseloroh mengatakan gelekan itu nampak seksi kerana dia sedang tahan kentut.
Umum mulai menyedari, selepas bakatnya diterima di Indonesia, kebanyakan perkongsian Shima di media sosial memaparkan lenggok tariannya.
Sejak kebelakangan ini, nama Shima tidak pernah sepi daripada sebarang isu panas hinggakan ramai yang beranggapan wanita itu sebenarnya sengaja mencetuskan kontroversi agar terus menjadi sebutan.
Isu bergelek yang terus-menerus menjadi punca Shima dikecam menarik perhatian penceramah bebas, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar yang menulis surat terbuka untuk Shima agar wanita itu memahami suasana di Malaysia dan Indonesia tidak sama.
Kata Ustaz Ahmad, dia yang selalu melakukan kerja dakwah di Indonesia menyedari bahawa pasaran hiburan di negara itu berbeza. Di sana, hiburan mereka lebih berani apabila ada yang menari ketika sambuta Israk Mikraj.
"Pernah di tempat saya berkuliah agama namun konsert dangdut bersebelahan. Waktu kuliah boleh terdengar ayat 'Ayuh Goyang Mas', geleng kepala saya waktu kuliah.
"Buat Shima, saya cuma nak cik faham yang suasana di Malaysia dan Indonesia tidak sama. Di sini, agamanya dijaga oleh mufti dan ada perundangan yang memelihara. Adab dan suasanya masih cantik terpelihara. Hiburan juga masih lagi santun dan menjaga kemuliaan diri wanita.
"Namun, semenjak dua menjak ini naik kembali di peranti telefon bimbit saya aduan dan nasihat orang ramai terhadap keberanian saudari dalam mengetengahkan hasil seni yang kurang cermat. Tak salah nak berseni tapi ingatlah agama harus menjadi sendi.
"Jangan terlebih berhibur sehingga maruah menjadi lebur. Shima adalah ikon hiburan, banyak adik-adik yang melihat dan menonton maka jadilah artis yang memberi inspirasi positif dan panduan baik buat masyarakat terutama golongan remaja," katanya.
Ustaz Ahmad turut mengharapkan wanita itu mengambil iktibar dari semua teguran dan nasihat yang sudah pun diberikan pada dirinya. Pendakwah itu berharap agar masa depan tanah air akan lebih bersifat mendidik berbanding sekadar melalaikan.
"Shima pernah cakap, kenapa masyarakat tak boleh terima walaupun Shima tak ganggu mereka. Memang betul Shima tak ganggu mereka secara fizikal tetapi hati suamo orang yang tertarik dan memenuhi ruangan komen menyebabkan banyak perempuan lain insecure. Pening kepala golongan isteri bila bergaduh mulalah muat naik di group Kisah Rumah Tangga.
"Sebenarnya, sikap malu adalah perisai wanita daripada diambil kesempatan. Sifat malu adalah sifat yang lahir daripada hati yang jernih kepada Allah. Kita tak nak suasana ini mendatangkan kemurkaan daripada Allah. Saya takut, semua orang takut," katanya.
Menerusi laporan Harian Metro, usaha untuk mendapatkan maklum balas Shima tidak berhasil apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
hati suamo orang yang tertarik dan memenuhi ruangan komen menyebabkan banyak perempuan lain insecure. Pening kepala golongan isteri bila bergaduh mulalah muat naik di group Kisah Rumah Tangga.
Laki mengatal, bini insecure.... shima tak bleh bergelek
Patutlah susah nak cari makan dalam negara sendiri. Ada lagak sombongnya. Bila orang tegur cara kasar, sheols suruh guna bahasa elok2. Bila ada orang dah tegur sheols dgn bahasa beradab, sheols gi padam pulak komen tu hahahahaha ntahpape la baby shima ni. Tam pamham aku
Susah bila hati dah keras. Orang tegur tu terima jela dengan berlapang dada, orang tegur elok kot.
Jadi tanggungjawab kita sesama Islam utk sailing tegur menegur. Sbb bila dtg bala bukan kena kt yg buat maksiat je tp semua.apa pun terbaik ayat ustaz ni