CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makin Ramai Kemurungan, Wanita Ajar Cara Mudah Dan Murah Untuk Jumpa Psikiatri

30-5-2022 05:12 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3422| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Sumber: Twitter Princess Jiee


Sejak akhir-akhir ini, kesihatan mental rakyat Malaysia berada dalam tahap membimbangkan apabila banyak kes bunuh diri semakin kerap dilaporkan. 

Baru-baru ini sahaja, terdapat hampir lima kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. 

Sumber: Utusan Malaysia


Seperti yang kita semua tahu, antara faktor utama menyumbang kepada masalah mental adalah krisis kewangan, tekanan di tempat kerja, masalah keluarga serta tidak mempunyai pekerjaan.

Untuk pengetahuan semua, antara penyakit mental yang sering dihidapi masyarakat di Malaysia adalah kemurungan atau lebih dikenali sebagai "Major Depressive Disorder (MDD)".

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Princess Jiee memuat naik posting di akaun Twitternya. 

Oleh kerana dia pernah mengalami kemurungan, wanita ini ingin membantu individu di luar sana yang tidak tahu bagaimana caranya untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. 


Menurut Jiee, individu yang mempunyai gejala kemurungan hendaklah pergi ke Klinik Kesihatan dan menerangkan situasi yang dilalui dengan doktor pesakit luar. Sekiranya gejala dihadapi itu serius, doktor akan memberi surat rujukan untuk bertemu dengan pakar psikiatri. 

Jiee juga menerangkan cara untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan bagi individu yang tidak mampu membiayai kos untuk bertemu dengan pakar psikiatri di hospital swasta. 

Menurut wanita ini, doktor di hospital kerajaan  sangat baik dan memahami situasi yang dilaluinya, bayaran permulaan dikenakan di hospital kerajaan juga sangat murah bermula daripada RM5 hingga RM50. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji rawatan yang diberikan hospital kerajaan. Di samping itu, ada juga netizen yang menceritakan pengalaman baik mereka semasa diberikan rawatan oleh pakar psikiatri di hospital kerajaan. 

Sumber: Twitter Princess Jiee

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hospital kerajaan ada menawarkan bantuan dan rawatan untuk kesihatan mental. Semoga semakin ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran mengenai kesihatan mental. Sayangilah diri anda. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 30-5-2022 08:05 PM
Semoga dipermudahkanlah mereka yg sedang hadapi tekanan hidup
Quote glump 1-6-2022 12:40 PM
Lamai org kesunyian ..banyak je talian kaunseling yg boleh dihibungi ..
Quote belacan_gurl 2-6-2022 09:08 AM
Haahh btoi....gi je sepital @klinik gomen.... ada je perkhidmatan gini ...tu mana2 yg beria nk diet nk kurus badan pun boleh je gi sepital gomen...ada tmptnya....malah lebih dipercayai ajaran doktor tu dari jomkurus semua nya
Quote bottombikini 2-6-2022 10:40 AM
ingatkan time pkp je

makin ramai yg kemurungan ni gara2 ekonomi ke

Quote SedihPedih 2-6-2022 10:58 AM
belacan_gurl replied at 2-6-2022 09:08 AM
Haahh btoi....gi je sepital @klinik gomen.... ada je perkhidmatan gini ...tu mana2 yg beria nk diet  ...

lagi satu i baru tau, kalau hilang berat badan yang banyak sampai ada lebihan kulit, hosp gomen boleh buat plastic surgery utk buang excess skin tu...
Quote AznieBunnie 24-8-2022 11:57 AM
pernah pergi - 2 sesi ja.
masalah tempat kerja.

OK la, rasa lega.
tapi tak pergi follow-up dah.

now mcm numb je pergi kerja - janji 25 gaji masuk.
kerja buat yang diberi ja. tader dah nak proaktif, over the top.
Quote Buritan 28-8-2022 09:26 PM
AznieBunnie replied at 24-8-2022 11:57 AM
pernah pergi - 2 sesi ja.
masalah tempat kerja.


Buat biasa je sis.. bg saya tak perlu nak buat yg the best sgt pung
Quote ayana89 28-8-2022 11:43 PM
belacan_gurl replied at 2-6-2022 09:08 AM
Haahh btoi....gi je sepital @klinik gomen.... ada je perkhidmatan gini ...tu mana2 yg beria nk diet  ...

Cmana tuu yg kurus. Pegi hosp ckp nak jmpe dietitiem ke
Quote supernaturalee 29-8-2022 10:49 PM
Noted



Quote Supersirap 5-9-2022 02:33 PM
Sangat bermanfaat info ini

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.090713 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top