CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fesyek Pelik, Macam Tudung Saji-Gaya Che Ta Dikutuk, Nak Tiru Aina Abdul Ke?

30-5-2022 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2961| Komen: 15

 Tampil menggayakan busana ala 'tudung saji' berwarna jingga, kemunculan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 49, yang menjadi penyampai anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) malam tadi, cukup menarik perhatian ramai.


Malah, gaya penampilan 'wow' Che Ta itu juga mengaitkan dirinya seakan cuba mengikut fesyen penyanyi Aina Abdul yang begitu berani muncul menggayakan busana 'pelik' yang pasti dikecam atau dikritik netizen.

Che Ta ditemui berkata dia tampil berani dengan gaya fesyen sebegitu kerana mengikut tema majlis. Katanya, sebagai penyampai anugerah dia cuba menggayakan busana yang sesuai.


Foto: Harian Metro


"Pakaian saya yang 'unik' ini mengikut tema majlis anugerah pihak penganjur. Tak sangka juga, ia jadi perhatian ramai. Lagi pula, saya hadir pun kerana menjadi penyampai anugerah.

"Apapun, kalau ada orang nak mengata atau mengecam mengenai pakaian ini, saya biasanya tidak membaca komen yang ditulis netizen. Biarlah, mereka nak cakap apa pun sebab saya memang tak baca komen itu," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya dirinya yang masih laris dan relevan dalam industri, Che Ta berkata dia bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam lakonan dengan karakter sesuai sebagai wanita berkerjaya dan ibu termasuk, pelbagai program hiburan.

"Saya tidak melihat wujudnya persaingan kepada pelakon pada usia yang sama dengan saya sekarang untuk watak-watak sebagai wanita berkerjaya dan ibu. Bagi saya, karakter begini cukup sesuai dengan kami.

"Jadi, saya amat bersyukur dengan rezeki diperoleh ini dan alhamdulillah jadual kerja pun memang sibuk. Pada sambutan Syawal ini juga, rasanya saya baru berkesempatan menghadiri satu majlis rumah terbuka walaupun baju raya ada banyak lagi yang belum dipakai," katanya.



Mengulas perkembangan karier seninya, Che Ta berkata dia terbabit dengan beberapa program bual bicara di televisyen. Malah, katanya dia juga dijangka masuk ke set penggambaran sebuah drama pada Jun ini.

Terdahulu, siaran langsung acara AME2021 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini selepas mengalami beberapa kali penangguhan majlis akibat penularan Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 30-5-2022 01:01 PM
acik rozita ni lahir 1971 ke 1973? wiki pun confuse umur dia berapa ke?
Quote kiah_mai_pulak 30-5-2022 01:12 PM
berkedut abis muka wpun tutup pakai mask.
Quote Mary_jane 30-5-2022 01:22 PM
Didie Alias kan pelopor fesyen pelik2 kat Malaysia ni. Ni Aina plak then menurun kat Nek Ta.
Quote afie_m 30-5-2022 01:43 PM
Tak rasa rimas ke tua2 ngan bulu mata lagi..
Quote rainbowrainz 30-5-2022 02:04 PM
Dah kertu acah2 hot nek ta ni... suka tengok Aida rahim
Quote brunesss 30-5-2022 02:14 PM
omg dia tak rimas ke pakai baju macam tu.. plus tak cantik lah che ta, pls wear something else that is suitable to your age and surrounding
Quote makton 30-5-2022 02:22 PM
saratnya baju dia ni..
baju kemeja kotak2 anak jantan berdua tu dah serupa bangla
Quote luvcomot87 30-5-2022 02:24 PM
Betul ke 49
Quote pekanwoohoo 30-5-2022 02:36 PM
Fesyek tu apa? Hidung penyek ke?
Quote mawarkhayalan99 30-5-2022 03:13 PM
masih stuck umur 40an
Quote kechikchomel 30-5-2022 03:40 PM
siapa la yg duduk belakang dia tu? sian tak nampak depan.

Quote Mademoisellee 30-5-2022 03:49 PM
Lah 49 ke? Ingat 59
Quote marchikobonzo 30-5-2022 05:10 PM
Sokmo 49 umur dia
Quote yayanz 30-5-2022 08:47 PM
bukan ke dlu che ta ckp nk beralih pakai pakaian longgar2 & tudung tutup dada ke . rasa mcm pernah terbaca pasal ni
Quote DianaSaksen 30-5-2022 08:51 PM
Ustazah asma taknak Komen ke ?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.118007 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top