Pelakon cantik Intan Najuwa mengingatkan dirinya dan juga semua agar tidak sesekali mengabaikan soal kesihatan akibat terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Intan ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia mengakui dirinya salah seorang individu yang terlalu mementingkan soal kerja hingga diserang penyakit gastrik dan terpaksa dikejarkan ke hospital kelmarin. Kata Intan, dia tidak menolak faktor tekanan disebabkan kerja, pelajaran selain pengambilan kafien secara berlebihan menjadi penyumbang dia mendapat penyakit tersebut.
“Sekali lagi saya diuji dengan gastrik teruk sejak beberapa hari lalu sampai terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan. “Bukan sahaja gastrik, tetapi jantung dan denyutan nadi saya turut menjadi laju dan seakan berdebar-debar. “Doktor kata saya terlalu stres (tertekan) disebabkan kerja dan tidak cukup rehat selain pengambilan kafien berlebihan,” katanya. Tambah pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini itu, dia bersyukur kerana tidak ditahan di dalam wad dan dibenarkan pulang beberapa jam selepas menerima rawatan. “Alhamdulillah kesihatan saya semakin bertambah baik. Sekarang ini pun saya dah masuk set untuk berlakon semula. “Cuma lepas ini saya kena lebih mementingkan soal kesihatan dan jaga pemakanan serta kurangkan minuman berkafien seperti kebiasaan. “Kerja-kerja juga, jangan nanti kalau dah sakit baru nak menyesal,” katanya. Terdahulu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, memuat naik foto dalam InstaStory memaparkan tangannya sedang dimasukkan drip air. Sekitar 2018, Intan turut pernah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di ibu negara untuk beberapa hari selepas mengalami tekanan darah rendah dan dehidrasi melampau. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
mendeluk replied at 30-5-2022 06:39 AM
Macam mana la dia ni sambung study sambil masuk set. Haritu pi Ldn, buat exam dlm flight. I cannot b ...
winky1 replied at 30-5-2022 03:39 PM
Tramadol pun buat jantung I laju...first and last
mendeluk replied at 30-5-2022 02:42 PM
By the way, iols nak puji si intan ini. Haritu ada ternampak comment dia , pergi comment kat sorang ...
mendeluk replied at 30-5-2022 02:42 PM
By the way, iols nak puji si intan ini. Haritu ada ternampak comment dia , pergi comment kat sorang ...
shernazz replied at 30-5-2022 03:44 PM
Haah
Iols mmg doc bgtau kalau ada doc prescribe tramadol kena bgtau tak.boleh
Tramadol bolehntrigg ...
winky1 replied at 30-5-2022 03:45 PM
I pun ok dgn dia ni ...just like some of us klu nampak berduit pun mesti diduga Allah..tidak terl ...
mendeluk replied at 30-5-2022 03:53 PM
Sape kah itu yang pi us didukung putus tunang? SH ke? Haha
winky1 replied at 30-5-2022 03:49 PM
But my late sister pulak her cancer was so bad at one time tu ..pinggang duk sakit doctor KK presc ...
winky1 replied at 30-5-2022 03:39 PM
Tramadol pun buat jantung I laju...first and last
wtvmjls replied at 30-5-2022 03:49 PM
kafein berlebihan sbb minum sbux hri2 ke camne..risau gak
shernazz replied at 30-5-2022 04:27 PM
Ikut orang juga kots kan..sebab doc ortho yang bagi ubat tu..
Pastu iols jadi sakit sgt..
Pastu co ...
ADVERTISEMENT