Industri seni kreatif kembali rancak dan meriah selepas dua tahun sepi gara-gara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada 2020. Malam semalam (Ahad), telah berlangsungnya majlis Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang dihadiri ramai selebriti tanah air dan menjadi kebiasaan bagi artis tempatan untuk 'melaram' dengan gaya penampilan pilihan masing-masing. Sejak malam tadi, nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sudah mulai tular gara-gara memperagakan pakaian berwarna pink serta tudung yang dipintal seperti rambut yang diikat tinggi dan kemudian ditocang. Bagaimanapun, 'tocang' berkenaan mengingatkan netizen kepada karakter Majin Bu dalam cerita animasi popular Dragon Ball.
|
Prickford replied at 30-5-2022 02:27 PM
Iolls terpaksa jujur dengan Cik B. Cik B ni jangan la di fesyen kan dengan pakaian & mekap yg bukan2 ...
ADVERTISEMENT