Mencuri adalah satu perbuatan yang tidak baik dan perlu dihindar semua orang, apatah lagi ia boleh mengundang padah kepada mereka yang melakukannya. Baru-baru ini di India, ada seorang lelaki didapati mencuri telefon bimbit daripada seorang pemandu lori. Ekoran perbuatannya itu, dia diikat di bahagian depan lori berkenaan sebagai hukuman. Difahamkan, lelaki itu diikat pada kenderaan yang bergerak. Sehubungan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Odisha (OHRC) menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas lelaki terbabit sebagai pencabulan hak asasi manusia yang amat serius. Ekoran itu, OHRC menghantar notis kepada pihak berkuasa di Jagatsinghpur supaya menjalankan siasatan tentang kejadian dan menyerahkan laporan dalam tempah 15 hari. - CARI |
ADVERTISEMENT