CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Pernah Jaga Yasin Sulaiman - Faizal Tahir

27-5-2022 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1930| Komen: 0

Penyanyi dan pencipta lagu, Faizal Tahir mendedahkan sahabat baiknya yang juga penyanyi Yasin Sulaiman merupakan antara individu paling banyak mengubah hidupnya ke arah lebih balik.


Menurut Faizal, dia dan Yasin sebenarnya merupakan bekas jiran di kondominium sama dan mereka juga sudah merancang untuk bertemu beberapa hari sebelum penyanyi tersebut ditahan.



“Saya cuba berhubung tapi tak dapat kerana telefonnya tiada bersamanya. Saya cuba hubungi peguamnya pula, mungkin mereka juga sibuk. Pada waktu seperti ini kawan-kawan memang perlukan sokongan.

“Kalau nak cerita mengenai betul atau salah, saya tak layak. Apa yang boleh saya katakan, Yasin merupakan seorang kawan atau manusia yang paling banyak mengubah hidup saya.


“Sebenarnya saya merancang untuk bertemu dengan dia beberapa hari sebelum insiden tersebut berlaku. Kemudian, dapat pula berita mengenai kes melibatkan dirinya.

“Apa yang saya cakap ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Sampai Syurga ini turut menambah, Yasin sememangnya memiliki keperibadian yang sangat baik dan banyak memberi impak yang mendalam buat kehidupannya.

“Saya banyak belajar mengenai kehidupan dan hal agama dengan dia. Pergi ke rumahnya saya akan belajar dan fahami maksud Al-Quran. Dia banyak memberi pengertian hidup buat saya.

“Bila jadi macam ni, saya pun sedih. Saya cakap secara jujur, demi Allah Yasin merupakan antara manusia paling baik saya pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.

“Orang kalau jumpa dia buat pertama kali pun, mesti akan puji betapa baiknya dia. Hati dia bersih, tak pernah buruk sangka dan selalu tolong orang.

“Kalau orang kata Faizal dah lain sekarang, antara nama yang saya akan sebut adalah disebabkan Yasin,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Faizal juga turut memaklumkan dia merupakan antara individu bertanggungjawab yang menjaga Yasin ketika dia mengalami simptom bipolar pada tahun 2013.

“Saya pernah menjaga dia sewaktu dia mengalami bipolar sekitar tahun 2013. Dia tanpa segan silu berkongsi mengenai perkara tersebut.

“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak berlajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.

“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.032180 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top