CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iesya Toh Sensitif, Pantang Tengok Orang Susah

27-5-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1045| Komen: 8

Description: Pernah berdepan ugutan tidak mematahkan semangat pengacara dan aktivis masyarakat, Iesya Toh daripada menyuarakan pandangan berhubung pelbagai isu demi kepentingan masyarakat, ekonomi dan kesejahteraa ...
Pernah berdepan ugutan tidak mematahkan semangat pengacara dan aktivis masyarakat, Iesya Toh daripada menyuarakan pandangan berhubung pelbagai isu demi kepentingan masyarakat, ekonomi dan kesejahteraan negara.


Iesya yang pernah bergelar hos Selamat Pagi Malaysia (SPM) dikenali mempunyai pengaruh kuat kepada masyarakat terutama menerusi Instagram dan Facebook.


Kredit foto: IG Iesya

"Pengalaman membawa saya mendekatkan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk peringkat atasan iaitu menteri, digunakan sebaik mungkin bagi membantu orang lain.

"Diakui saya amat sensitif dan pantang tengok kesulitan orang. Tugasan sebagai hos SPM dulu banyak buka mata saya berkenaan situasi semasa terutama membabitkan insan lain," katanya.

Keberanian dan kelantangan Iesya terserlah apabila turut menyentuh isu jenayah, salah guna kuasa dan sebagainya yang meraih perhatian menteri dan pihak berkaitan.

"Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi ia lebih kepada penambahbaikan. Saya pernah diugut berkaitan beberapa isu panas seperti kes along dan penggubahan wang haram.

"Apapun dalam keghairahan bersuara, saya tetap ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Selain mengacara, Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh juga aktif menyanyi dan berlakon antaranya membintangi filem Tangkai Jering.

Dalam ketegasan menyuarakan pelbagai isu, di hati kecilnya terselit perasaan simpati terhadap remaja terlanjur, ibu tunggal dan anak yatim sehingga dia mengumpul dana untuk membantu mereka.


Kredit foto: IG Iesya

"Usaha ini dimulakan pada 2015 dan awalnya saya menggunakan duit simpanan selain meminta sumber kewangan daripada suami terutama untuk membayar kos melahirkan di hospital swasta untuk remaja terlanjur.

"Bagaimanapun, selepas saya meninggalkan SPM dan kemudian berhijab, tawaran mengendalikan acara serta lakonan berkurangan. Namun fokus saya ketika itu terus kepada kerja amal.

"Apabila sudah berkahwin, saya minta dana daripada suami. Kiranya suami pernah membiayai kos bersalin di hospital swasta untuk tiga bayi tanpa bapa," katanya.

Bergerak tanpa dana secara konsisten sememangnya sukar. Dengan pertambahan anggota keluarga, Iesya memikirkan tidak selamanya boleh bergantung kepada wang suami untuk kerja amalnya.

"Akhirnya terbit idea untuk saya keluarkan produk penjagaan kecantikan sendiri bermula dengan Memoonchak bagi menampung kegiatan kebajikan (CSR) yang dilakukan.

"Apabila Memooncak dah sukses, saya keluarkan pula krim sapu pemecah lemak Magika Gel. Syukur...ia juga diterima baik. Pendapatan dari situ saya salurkan untuk CSR," katanya pada majlis penyerahan hadiah kepada juara pertandingan Move It Lose It yang juga pengguna Magika Gel, Nor Diana Abdul Karim, baru-baru ini.

Sehingga kini, Iesya sudah membantu 23 remaja yang hamil luar nikah, dari sebelum bersalin hingga fasa berpantang jika tiada ahli keluarga terdekat atau tanpa penjaga.

Dia yang mempunyai tiga cahaya mata kembali ke televisyen menerusi program Bijak Urus Wang terbitan RTM tidak lama lagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 27-5-2022 02:16 PM
sape ni? calon menteri yang baru ke
Quote mojarean_X 27-5-2022 02:21 PM
So iesya toh betul ke Najib kahwin baru? Ko yg wat kecoh ari tu kan siap mengesahkan
Quote Nenasketum 27-5-2022 03:18 PM
Apa hal up pasal vangang ni ek?
Quote TerataiMelur02 27-5-2022 11:14 PM
Retis ke ni?
Quote winky1 28-5-2022 12:11 AM
mojarean_X replied at 27-5-2022 02:21 PM
So iesya toh betul ke Najib kahwin baru? Ko yg wat kecoh ari tu kan siap mengesahkan

Dia ni kan suka jadi yg pertama tahu anything. Mcm kes doctor hilang di Gaza kan. After that senyap. Mcm ye ye je dia tahu kes Najib kahwin lagi ...
Quote supernaturalee 28-5-2022 06:13 AM
Amboi filter kau kakkk
Terrrrrpaling amat yachhh

Pnh je tgk ms sheols aktif jd hos kt rtm dedolu
Ku tau rupa asalmu
Quote doubleharmonic 28-5-2022 12:03 PM
so dengan rosmah ko sensitip ke tak hah noreen? bila dah viral gambar bini baru ko pun sibok nak mencapub bukak citer bijan dah lama dah kawin?
Quote renko 28-5-2022 12:15 PM
berita yang satu kata dah lama tu pompuan ni xnk ulas lg ke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.284235 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top