Hari persandingan merupakan hari paling dinanti-nantikan pasangan pengantin. Sudah pasti pada hari istimewa itu setiap pengantin ingin menunjukkan penampilan mereka yang cantik sebagai raja sehari.
Oleh itu, ramai pengantin perempuan mengupah make-up artist (MUA) atau mak andam untuk menghias wajah mereka sehingga ada yang sanggup membayar beribu-ribu untuk kelihatan cantik, namun tidak semua mak andam mampu memberi hasil yang baik.
Sama seperti video dimuat naik pengguna Tiktok dikenali sebagai Diera Khanza yang menunjukkan muka si pengantin perempuan menjadi kelabu selepas disolek seorang mak andam.
Video itu menjadi perhatian ramai kerana mak andam itu kelihatan begitu yakin dengan hasil kerjanya selepas menghias wajah pengantin.
Walau bagaimanapun, sangat jelas kelihatan bahawa warna foundation itu tidak mengikut tona kulit pengantin. Hal ini secara tidak langsung membuatkan muka pengantin kelihatan kelabu dari kulit sebenarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sedih melihat wajah pengantin itu. - CARI