CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Dedah Ibu Hidap Skizofrenia Tapi Tak Pernah Gagal Tunjuk Kasih Sayang

25-5-2022 04:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2675| Komen: 4|Original author: Tatod


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Begitulah keadaan dirasai Imran Sheik yang tampil mendedahkan sikap ibunya yang penuh rasa cinta walaupun mengalami masalah kesihatan mental.

Imran menerusi bebenang di Twitter berkata, ada beberapa individu berpendapat dia tidak sepatutnya menceritakan kepada orang lain bahawa ibunya mempunyai masalah kesihatan mental. 

Baginya, tidak ada salahnya apabila seseorang itu berhadapan dengan masalah kesihatan mental. Keadaan itu sama sahaja dengan mereka yang mempunyai masalah kesihatan fizikal.


Gambar Hiasan

"Saya berpendapat bahawa orang yang secara klinikal didiagnosis dengan penyakit mental mempunyai jenis kekuatan tertentu. Ia juga kelemahan mereka tetapi kelemahan itu boleh menjadi kekuatan apabila disalurkan dengan betul.

"Arwah ibu saya disahkan menghidap skizofrenia sedekad lalu. Dua kali saya pernah melihat gejala penyakit itu dan ia membuatkan saya trauma apabila melihat ibu ditahan polis untuk dihantar ke wad psikiatri. Melihat dia diikat di atas katil menghancurkan hati saya," tulisnya.

Mengenang kembali memori yang benar-benar menyentuh hatinya, kejadian 10 tahun lalu ketika ibunya diikat di katil dan dalam keadaan 'mamai' kerana di bawah pengaruh bius, Imran membawakan makanan yang disediakan jururawat untuk ibunya.

Gambar Hiasan

Sebaik jururawat berkenaan membuka tali pengikat, Imran meletakkan makanan tersebut di tepi katil ibunya bagi memudahkan wanita itu menjamah makanan tersebut.

"Namun, dia mengambil pinggan itu, mengambil makanan dengan tangannya dan cuba untuk menyuap saya sama seperti yang dia lakukan ketika saya masih bayi. Saya menangis. Bagaimanakah seseorang itu tidak mementingkan diri dan baik?

"Bagaimana mungkin seseorang dengan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat, yang sudah berhari-hati tidak makan masih mampu memancarkan kasih sayang itu. Kasih sayang seorang ibu tidak mementingkan diri sendiri. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya tanpa mengira keadaan," luah Imran lagi.

Gambar Hiasan (Sumber Pa&Ma)

Menurut Imran, semalam, ibunya meninggal dunia dalam tidur. Pemergian ibunya turut merenggut separuh daripada jiwanya. Katanya, tidak dapat rasakan dirinya bukan lagi orang yang sama seperti sebelum ini.

"Saya tidak mungkin dapat berhenti daripada terus bersedih. Saya hanya mampu berdoa agar Allah merahmati rohnya dan memberikan tempat terbaik dunia akhirat. Saya doakan agar dia kembali bahagia dengan arwah ayah saya. 

"Saya sayang awak, mama. Saya rindukan awak. Al-Fatihah," coretnya. - CARI
Community Verified icon

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 29-8-2022 11:07 PM
"Saya sayang awak, mama. Saya rindukan awak. Al-Fatihah," coretnya.


Ala...terus potong
Mak sndiri guna 'awak'???

Not for me

But...but
Ayat2 kt ats mmg menyentuh perasaan
Klu mak x sihat pun kita rs sedih
Ni kn plk in that kind of state


Quote eyansss 31-8-2022 04:32 PM
supernaturalee replied at 29-8-2022 11:07 PM
"Saya sayang awak, mama. Saya rindukan awak. Al-Fatihah," coretnya.

ni direct translation ni sebab tuan post tulis in english...

i love u, mom...
bila translate bodo direct gila - saya cintakan kau/ awak/ kamu, mak...

Quote Supersirap 5-9-2022 02:18 PM
Sayangilah ibu anda selagi kita bernyawa

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.138184 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top