CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nampak Ke CCTV Depan Mata? Selamba Rembat Kasut Depan Rumah Orang, Kantoi Muka Sebab Pakai Mask Bawah Dagu

25-5-2022 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2574| Komen: 12

Dia memang tak perasan ke ada kamera litar tertutup (CCTV), depan mata je!

Demikian soal seorang netizen berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki mencuri kasut, dipercayai berlaku di sebuah kuarters di Putrajaya.


Lebih memalukan, lelaki berkenaan memakai pelitup muka pada bahagian dagu, sekali gus mendedahkan wajahnya dalam rakaman itu.

Foto: via mstar

Sambil membawa plastik hitam, dia dilihat 'selamba' menghulurkan tangan melepasi pagar besi kediaman sebelum mencuri kasut yang diletakkan di hadapan pintu.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada Selasa.




Rakaman yang dikongsi menerusi laman Twitter @putrajayaMY itu sehingga kini meraih hampir 20,000 tontonan.

"Hati-hati dan waspada warga Putrajaya," tulis pengendali akaun @putrajayaMY.

Pada ruangan komen, seorang individu turut berkongsi satu lagi rakaman CCTV, memaparkan pelaku yang sama pada tarikh 20 April lalu.

"Dari April sampai ke Mei. Pergi merembat kasut dengan uniform yang sama eh," tulis wanita itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang atas tindakan lelaki itu.

Malah, ada yang membuat tuduhan kononnya dia mencuri kasut untuk dijual semula sebarang barangan bundle.

"Dia ni tak perasan ke ada kamera? Ke nafsu membutakan mata?

"Patut la kat pasar malam senang jual bundle, rupanya merembat.

"Memang selalu berlaku pun. Kat apartment aku ni pun selalu selipar dan kasut hilang. Sebab tu yang mahal-mahal aku letak dalam.

"Rembat lepas tu jual kat bundle. Mantap.

"Mesti lepas tu dia open bundle uptown," tulis beberapa individu.

Untuk rekod, kejadian curi kasut di sekitar Putrajaya bukanlah satu isu baharu.

Semakan mStar mendapati Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah berkongsi keratan akhbar memaparkan isu sama pada tahun 2014.

Memetik laporan Kosmo! yang disiarkan semula oleh PDRM pada waktu itu, penduduk Putrajaya diminta menyimpan kasut berjenama di dalam rumah supaya penjenayah tidak mempunyai ruang dan peluang untuk mencuri.

Menurut polis, kasut merupakan antara kes yang banyak dilaporkan di Putrajaya selain pecah rumah dan curi motosikal. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 25-5-2022 07:14 PM
Tak mustahil kan kasut bundle tu dari sumber macam ni?
Quote Skuau 25-5-2022 10:22 PM
kedudukkan cctv ngn kasut sgt 'tepat'...pencuri 'termakan' umpan.
Quote syamzana 25-5-2022 10:37 PM
selamba je dia hulur tgn
Quote buapakperut 26-5-2022 12:07 AM
Ntah2 penyamun ni yg curik kasut iols masa dok presint 11 dulu. Iols gundu time tu pakai kasut jogging lelaki saiz beso. Tau2 hilang kat rak
Quote Goodluckdontcry 26-5-2022 12:59 AM
Edited by Goodluckdontcry at 26-5-2022 01:02 AM

Kat putrajaya.. motor or kereta, bila xdpt curi bawa lari, dgn gigih die buka satu2, Dan rembat semua body parts..pastu tinggal gondol gitu je rangka motor..klu kereta die blh amik Tyr  4 4..Sian tuan kereta satu hal kn beli Tyr beribu...ingt tayar kereta murah ke? Bengong...org mcm Nila patut kn potong tgn...ehh errr nt org tuduh den plak extremist...ke bila kn tangkap, kn belai2 simpati...ah tak taula den...uisshhh...

Rmh akak den..padlock pun blh die curi.. 2 Kali tuh..btl2 tgn pjg ni SBB jarak nk amik Tu, klu tgn den mmg xsmp do..so btlla org2 tua ckp..klu org suka mencuri..die pjg tgn...binawee BTL..
Quote ally9970 26-5-2022 09:40 AM
So selain dari share video ni kat socmed, pemilik ada buat report polis tak?
Quote esbok 26-5-2022 11:09 AM
Orang macam ni dia fikir apa ya? Kalau dia sendiri kena, macam mana lah lenting dia agaknya. Kalau lah kasut dia curi tu dari orang yang cukup2 makan je gaji, kasut tu pulak orang bagi, hmmm
Quote makton 26-5-2022 11:29 AM
terang2an muka nampak dlm kamera
Quote dekmieDandy 26-5-2022 12:47 PM
dia ni dah banyak kali kantoi dalam cctv

tapi kebal giler, sampai sekarang tak pernah kena tangkap

aku rasa dia ni pun mesti penjawat awam jugak
Quote bulan_gerhana 26-5-2022 01:31 PM
dah 39.5 k view dah tak twidder..

apo lah perasaan dia pi 'ambik' kasut owang kan?? terdesak?? niat takkan menghalalkan cara.. geram plak aku.. tu dah dpt muka dia tu ape la lagi.. pi la print tampal kat sume block area putrajaya tu.. bior cummunity dpt detect dia.. takat dlm twiter je.. mana la org nak ingat.. mujur iols x duk sana...
Quote pekanwoohoo 26-5-2022 01:35 PM
Kalau dah kantoi macam ni pun, boleh buat apa? Polis nak ke ambik kisah pasal kasut hilang?
Quote tukul 26-5-2022 02:04 PM
imransulaiman replied at 25-5-2022 07:14 PM
Tak mustahil kan kasut bundle tu dari sumber macam ni?

Ini salah satu sbb i x beli brg bundle...takut barangan curi...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064489 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top