View: 1817|Reply: 12
|
Tak Nampak Ke CCTV Depan Mata? Selamba Rembat Kasut Depan Rumah Orang, Kantoi Muka Sebab Pakai Mask Bawah Dagu
[Copy link]
|
|
Dia memang tak perasan ke ada kamera litar tertutup (CCTV), depan mata je!
Demikian soal seorang netizen berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki mencuri kasut, dipercayai berlaku di sebuah kuarters di Putrajaya.
Lebih memalukan, lelaki berkenaan memakai pelitup muka pada bahagian dagu, sekali gus mendedahkan wajahnya dalam rakaman itu.
 Foto: via mstar
Sambil membawa plastik hitam, dia dilihat 'selamba' menghulurkan tangan melepasi pagar besi kediaman sebelum mencuri kasut yang diletakkan di hadapan pintu.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada Selasa.
Rakaman yang dikongsi menerusi laman Twitter @putrajayaMY itu sehingga kini meraih hampir 20,000 tontonan.
"Hati-hati dan waspada warga Putrajaya," tulis pengendali akaun @putrajayaMY.
Pada ruangan komen, seorang individu turut berkongsi satu lagi rakaman CCTV, memaparkan pelaku yang sama pada tarikh 20 April lalu.
"Dari April sampai ke Mei. Pergi merembat kasut dengan uniform yang sama eh," tulis wanita itu.
Rata-rata netizen meluahkan rasa berang atas tindakan lelaki itu.
Malah, ada yang membuat tuduhan kononnya dia mencuri kasut untuk dijual semula sebarang barangan bundle.
"Dia ni tak perasan ke ada kamera? Ke nafsu membutakan mata?
" atut la kat pasar malam senang jual bundle, rupanya merembat.
"Memang selalu berlaku pun. Kat apartment aku ni pun selalu selipar dan kasut hilang. Sebab tu yang mahal-mahal aku letak dalam.
"Rembat lepas tu jual kat bundle. Mantap.
"Mesti lepas tu dia open bundle uptown," tulis beberapa individu.
Untuk rekod, kejadian curi kasut di sekitar Putrajaya bukanlah satu isu baharu.
Semakan mStar mendapati Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah berkongsi keratan akhbar memaparkan isu sama pada tahun 2014.
Memetik laporan Kosmo! yang disiarkan semula oleh PDRM pada waktu itu, penduduk Putrajaya diminta menyimpan kasut berjenama di dalam rumah supaya penjenayah tidak mempunyai ruang dan peluang untuk mencuri.
Menurut polis, kasut merupakan antara kes yang banyak dilaporkan di Putrajaya selain pecah rumah dan curi motosikal. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mustahil kan kasut bundle tu dari sumber macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kedudukkan cctv ngn kasut sgt 'tepat'...pencuri 'termakan' umpan. |
|
|
|
|
|
|
|
selamba je dia hulur tgn |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 penyamun ni yg curik kasut iols masa dok presint 11 dulu. Iols gundu time tu pakai kasut jogging lelaki saiz beso. Tau2 hilang kat rak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 26-5-2022 01:02 AM
Kat putrajaya.. motor or kereta, bila xdpt curi bawa lari, dgn gigih die buka satu2, Dan rembat semua body parts..pastu tinggal gondol gitu je rangka motor..klu kereta die blh amik Tyr 4 4..Sian tuan kereta satu hal kn beli Tyr beribu...ingt tayar kereta murah ke? Bengong...org mcm Nila patut kn potong tgn...ehh errr nt org tuduh den plak extremist...ke bila kn tangkap, kn belai2 simpati...ah tak taula den...uisshhh...
Rmh akak den..padlock pun blh die curi.. 2 Kali tuh..btl2 tgn pjg ni SBB jarak nk amik Tu, klu tgn den mmg xsmp do..so btlla org2 tua ckp..klu org suka mencuri..die pjg tgn...binawee BTL.. |
|
|
|
|
|
|
|
So selain dari share video ni kat socmed, pemilik ada buat report polis tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang macam ni dia fikir apa ya? Kalau dia sendiri kena, macam mana lah lenting dia agaknya. Kalau lah kasut dia curi tu dari orang yang cukup2 makan je gaji, kasut tu pulak orang bagi, hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
terang2an muka nampak dlm kamera |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dah banyak kali kantoi dalam cctv
tapi kebal giler, sampai sekarang tak pernah kena tangkap
aku rasa dia ni pun mesti penjawat awam jugak |
|
|
|
|
|
|
|
dah 39.5 k view dah tak twidder..
apo lah perasaan dia pi 'ambik' kasut owang kan?? terdesak?? niat takkan menghalalkan cara.. geram plak aku.. tu dah dpt muka dia tu ape la lagi.. pi la print tampal kat sume block area putrajaya tu.. bior cummunity dpt detect dia.. takat dlm twiter je.. mana la org nak ingat.. mujur iols x duk sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah kantoi macam ni pun, boleh buat apa? Polis nak ke ambik kisah pasal kasut hilang? |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 25-5-2022 07:14 PM
Tak mustahil kan kasut bundle tu dari sumber macam ni?
Ini salah satu sbb i x beli brg bundle...takut barangan curi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|