Aktres popular, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen teruja apabila berpeluang berkerjasama menerusi sebuah projek bersama pelakon dihormati, Normah Damanhuri.
Berkongsi perkara tersebut di Instagram, bintang berusia 27 tahun ini tidak menafikan keperibadian serta perwatakan positif dibawa Normah mereka menjalani penggambaran bersama. Menurut Uqasha, pelakon filem 3 Janda Melawan Dunia itu sangat penyayang dan baik hati. Uqasha juga berharap agar peluang berkerjasama pelakon berusia 68 tahun itu akan terjadi lagi selepas ini. Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT