CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bertembung Dengan Konsert Anuar Dan Ziana, Aishah Mengalah Tukar Tarikh Lain-"Risau Peminat Tak Datang"

25-5-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2726| Komen: 18

Datuk Aishah sudah mencadangkan kepada penganjur konsert solonya, Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) untuk mengubah tarikh persembahan yang sama dengan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 pada 6 Ogos depan.


Aishah, 57, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu peminat berbelah bahagi selain mahu kedua-dua konsert mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

Foto: IG

"Sebenarnya pihak DFP mahu mengumumkan konsert itu minggu ini, tapi saya katakan pada mereka, tidakkah mereka kasihan sebab peminat dan media akan berbelah bagi nanti. Jadi mungkin mereka kena berbincang semula.


"Bagi saya, tak guna nak berlaga-laga dan disebabkan itu, DFP perlu putuskan. Saya tidak kisah adakan konsert itu seminggu atau dua minggu kemudian, tetapi tidaklah pada malam yang sama.

"Rasa sayang kalau ia tetap diteruskan kerana kita tidak dapat sokongan penuh daripada peminat dan media. Konsert ini kita yang buat, jadi ia boleh diubahsuai. Saya pun mahu pergi tengok konsert mereka," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Aishah, tidak timbul soal risau peminat tidak datang menonton konsertnya jika tetap diteruskan pada tarikh sama.

"Kalau nak cakap pasal risau tak ramai penonton datang, itu saya serah pada rezeki. Kita bukan selalu buat konsert besar sebegini. Saya menunggu 35 tahun nak buat konsert ini dan bila dapat tarikh, pandemik Covid-19 pula melanda dan ia terpaksa ditangguhkan selama dua tahun. 

"Jadi, saya okay kalau tarikh konsert saya dianjakkan. Mujur tiket belum dijual lagi. Industri muzik  kita bukan besar, jadi kita memerlukan sokongan daripada semua pihak, peminat, media dan sebagainya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharu Ketentuan Takdir, semalam.


Aishah dijadualkan bakal tampil dalam konsert yang dipimpin Ahmad Muriz menerusi konsert solo, Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada 6 Ogos, jam 8.30 malam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 25-5-2022 03:09 PM
Ecah ni ada buat nose job x
Quote sleepandream 25-5-2022 07:34 PM
ada jua single baru yach...
harap2 tarikh baru nanti tak bertembung dgn konsert 2.5 juta noraniza idris yach
Quote LembingDayanti 26-5-2022 12:36 AM
eeee sapo la yg nak tengok aishah ni. nyanyi pun statik. pakai pun mcm acik2 arhaban.  jerit2 dah mcm aina abdul aiyoooo
Quote aHoi83 26-5-2022 07:39 AM
Kak ecah mungkin bole plan buat konsert bersama dgn kak melah plak.
Quote pembacagosip 26-5-2022 02:46 PM
moga terus berjaya kak cah
Quote Kancilkering 26-5-2022 03:13 PM
57 dh umur dia….
Quote iznanaziz 26-5-2022 03:27 PM
LembingDayanti replied at 26-5-2022 12:36 AM
eeee sapo la yg nak tengok aishah ni. nyanyi pun statik. pakai pun mcm acik2 arhaban.  jerit2 dah mc ...

kalau buat waktu yg sama..kompem acik2 serbu bang Nuar.
Quote auntyonion 26-5-2022 03:30 PM
Ofcoz la org akan serbu bamnuar dgn jenajen
Quote She-Ra 26-5-2022 03:33 PM
lagu2 fofuler dia boleh tahan byk jgk
cumaaa... tulahhhh.. kalau buat konsert takat dia je penyanyi, mcm payah sikit nk tarik penonton
kena buat gabungan, cth kak melah dgn kak ecah ke..
Quote lasagna 26-5-2022 03:40 PM
waa musti sape pegi ada yg tangkap leleh ni.. lagu dia best2 juga bkn kaleng-kaleng kak ecah ni.
Quote stingerumble5 26-5-2022 04:43 PM
Konsert mintak nyawa…… sorry aunty esah…you can’t pull in crowd anymore to head a concert….
Quote samshik 26-5-2022 06:38 PM
Die leh nyanyi but not entertaining.. Mgkin blh tumpang konsert tok jamal ker...
Quote stingerumble5 26-5-2022 06:41 PM
samshik replied at 26-5-2022 06:38 PM
Die leh nyanyi but not entertaining.. Mgkin blh tumpang konsert tok jamal ker...

Kiranya macam patahalmulk la supporting role aja utk tarik bohsias ke panggung nonton MK kheunz?

Kahkahkahkahkah
Quote Piramida 26-5-2022 07:14 PM
Normabaru replied at 25-5-2022 03:09 PM
Ecah ni ada buat nose job x

Tp mcm sama je ori.. Kembang dan kempes.
Quote Kancilkering 26-5-2022 07:41 PM
hidung ori tu …tu kan trade mark dia….dia nyanyi ok lah bila tang membebel tu bingit….sama ngan mekjenazain
Quote petpot 27-5-2022 05:47 PM
wujud lg ker peminat kak ecah?
Quote mojarean_X 27-5-2022 05:54 PM
petpot replied at 27-5-2022 05:47 PM
wujud lg ker peminat kak ecah?

ada...mcm iols..cuma kami x ramai
Quote WeAiNe 27-5-2022 11:39 PM
diberi pilihan ku pilih konsert anuar n zz hahahaha

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.106388 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top