CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikutuk Gemuk Paha Besar, Janna Nick Tersinggung Sampai Terfikir Nak 'Potong Perut'

25-5-2022 07:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7017| Komen: 64|Original author: Tatod


Memiliki berat badan ideal serta tubuh badan langsing pastinya menjadi idaman ramai wanita. Apatah lagi andai individu berkenaan seorang figura terkenal. Sudah tentu mereka ingin kelihatan 'presentable' di mata umum.

Tambahan pula, segelintir masyarakat pada masa kini tanpa sedar cenderung meletakkan penanda aras kelayakan seseorang itu digelar selebriti bukan hanya pada rupa paras, tetapi juga saiz fizikal mereka.



Semalam, pelakon dan penyanyi, Janna Nick mendedahkan pernah terfikir untuk menjalani prosedur pembedahan batriatik atau pintasan perut (potong usus) apabila kerap dikatakan gemuk serta memiliki paha besar.

Janna yang juga seorang pengacara mengakui tersinggung dan sedih apabila ada sesetengah netizen yang tidak pernah berhenti menghina fizikalnya dengan kata-kata kesat di media sosial.

Menerusi Instagram, Janna memuat naik suntingan video yang memaparkan dirinya sedang bersenam di sebuah gimnasium untuk membuktikan bahawa dia juga boleh mendapatkan kembali bentuk tubuh langsing.



"Selama ini, aku aku tidak pernah peduli orang cakap gemuk atau paha besar. Tetapi, kali ini aku betul-betul terasa sampai terfikir nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus," tulisnya.

Pemilik nama sebenar, Nurul Janna Muner, turut menasihatkan orang ramai agar tidak memandang isu 'body shaming' sebagai satu bahan jenaka.



"Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku tak sakitkan hati orang. Aku harap orang yang tengok video ini berhenti body shaming orang lain.

"Jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri," katanya. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 25-5-2022 09:05 AM
Sibuk pasal kata orang, Allah tersinggung tak pulak kau nak kisah.. potong jela apa kau nak potong.. jgn jadi mcm kes kat luar negara mati terus pulak.. nasihat ni.. kbai
Quote Normabaru 25-5-2022 09:29 AM
Edited by Normabaru at 25-5-2022 11:30 AM

Pandai dia saiko blk ummah netz yang kutuk heshe..

Siapa suh buat lagu mcm xde otak..
pastu dok pki sexy pakaian daring dh xmcm dlu..

Sendiri yang jatuh mcm nangka busuk tu the highlight event laaa kan..the universe has spoken
Quote airmineral 25-5-2022 10:28 AM
ingatkan dia ni kental sangat..huhu
Quote wolfheart 25-5-2022 10:33 AM
Lepas potong, dah tak gemuk, peha dah kecik, nak buat apa? Pakai lebih seksi lagi, tayang pangkal peha pulak?
Quote babelina 25-5-2022 10:42 AM
wolfheart: Lepas potong, dah tak gemuk, peha dah kecik, nak buat apa? Pakai lebih seksi lagi, tayang pangkal peha pulak?


knnnn.. bila dh kurus..segala mcm bj pendek ketat la di pakai nanti..
Quote Piramida 25-5-2022 10:45 AM
Daripada tersinggung sampai nak operate.. Baiklah fikir utk betul kan pakaian, pakai pakaian sesuai atau bawa diri dgn semenggah. Tak menonggeng, terkangkang or sewaktu yg buat org nampak badan gemok dia.
Quote stingerumble5 25-5-2022 10:48 AM
Peha besar kemutan  baik wooooo…setakat peha halus grip marhaen waste current…

Kahkahkahkahkah
Quote uori 25-5-2022 10:51 AM
ujung2 salah netijen
Quote edoraixora 25-5-2022 11:10 AM
Piramida replied at 25-5-2022 10:45 AM
Daripada tersinggung sampai nak operate.. Baiklah fikir utk betul kan pakaian, pakai pakaian sesuai  ...

Yg ni yg sepatutnya, berpakaian sesuai dgn badan
Ni dah tau gems, pakai ketat2 mmg jadik bahan lah
Tengok sherry, xde dgr lagi org kutuk2 body shame dia beria
Quote awenda507 25-5-2022 12:06 PM
dah ko menayang pastu kne kecam nk sentap. padahal mmg sendiri yg nak potong perut. bagi mcm2 alasan pulak kau.heh!!
Quote awenda507 25-5-2022 12:07 PM
Edited by awenda507 at 25-5-2022 12:08 PM

double post
Quote epullipan 25-5-2022 12:30 PM
aritu badan die membesar secara tiba tiba tu ade kaitan dengan die stress ke aritu
Quote LipasComel 25-5-2022 12:35 PM
sis, body u ok je. tp tak salah nak getting better shape and better fit. tp jgn la sampai nk buat short cut. no no okeh. kalau nak kurangkan lemak ni kena calorie deficit + healthy balance diet. u ada duit, hired la professional fitness trainer. Insyallah dapat badan yg mcm u nak. nasihat ikhlas drpd iols yg berpeha besar juga
Quote wirazam 25-5-2022 12:51 PM
Janna ni cantik la..kalau nak Kurus pls diet scr sihat..u pun influencer..apa kata ko buat kempen diet scr sihat..
Quote wirazam 25-5-2022 12:52 PM
LipasComel replied at 25-5-2022 12:35 PM
sis, body u ok je. tp tak salah nak getting better shape and better fit. tp jgn la sampai nk buat sh ...

Paha besar boleh kecikkan ke kalau tak diet and exercise?
Quote KamikuP 25-5-2022 12:57 PM
Sementara muda dan bergetah kena le bukak kasi tunjuk cuollss.. hujung2 dh kertu mcm artis veteran baru tutup pakai jubah segala khennn
Quote Harley_Quinn 25-5-2022 04:14 PM
Bkn dia pn penah body shaming org ke? model ke spe tah.
Quote LipasComel 25-5-2022 04:59 PM
wirazam replied at 25-5-2022 12:52 PM
Paha besar boleh kecikkan ke kalau tak diet and exercise?

tak boleh, mmg kena jaga makan dgn exercise jugak . exercise je pun tak jalan, kena jaga makan jugak. leceh nak kurangkan lelemak ni
Quote royaldanish 25-5-2022 05:00 PM
Memang nak potong khheeeunsttt

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046940 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top