Kita selalu mendengar berita mengenai Macau Scam dengan modus operandi mereka memperdaya mangsa, tetapi pernahkah kita mendengar terma "scammer islamik"? Petikan dari Odisi, ini adalah golongan yang suka "menunggang agama" dan sanggup menggunakan nama Islam semata-mata untuk mengaut keuntungan dalam bisnes yang tidak halal. Berikut adalah lima contoh "scammer islamik" yang dipetik dari Facebook Izzul Shahmi.
Kita selalu jumpa iklan seperti hotel di Tanah Haram berdekatan Masjid dan apabila mangsa percaya untuk membeli pakej tersebut, tidak sama apa yang dijanjikan dan ejen selalu menggunakan alasan seperti "ini adalah ujian untuk kita semua."
Kebanyakkan mereka yang mengutip derma untuk pembinaan pusat tahfiz tidak mempunyai resit, surat untuk meminta derma dan pembinaan asrama biasanya boleh dikatakan tidak menepati piawaian untuk keselamatan murid-murid itu. Kadangkala murid-murid diminta untuk mengutip derma untuk pusat tahfiz mereka.
Ramai penjual makanan sunnah yang selalu berkata, kurma dan kismis mereka dari Mekah, tetapi realitinya kurma dan kismis itu datang dari China. Tidak lupa juga penjual yang selalu meletakkan ayat seperti " kurma boleh mengubati pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi."
Kebanyakan penceramah selebriti mempunyai karisma yang tinggi dan ramai suka mendengar ceramah mereka, tetapi berhati-hati kerana tidak semua penceramah baik dan telus. Ini kerana tidak mustahil mereka menggunakan hadis palsu semata-mata untuk menjadi tular.
Kalau waktu pilihanraya, mesti ada calon akan menggunakan janji untuk menegakkan hukum islam di kawasannya, mahu memberi kesenangan kepada rakyat dan banyak lagi. Namun, bila dah menang, harga tak boleh dikawal, isu akidah dibiarkan dan pelbagai janji ketika pilihanraya tidak ditunaikan. Jadi, itu adalah beberapa contoh "scammer islamik" yang ditulis oleh Izzul Shahmi. - CARI |
Normabaru replied at 25-5-2022 10:07 AM
Forum telah membuka mata telinga kaka yang setiap bulan setiap hari dlu rajin dok donate segala tok ...
asudau: program wakaf al-quran pun sat ...
Acikgomen replied at 25-5-2022 12:11 PM
Naif nye chuols
asudau: program wakaf al-quran pun sat ...
dua_chzy replied at 25-5-2022 08:21 AM
Yeap.
Lagi satu derma untuk Gaza untuk Palestin ke sekolah2. Sapa authorize kutipan derma sebegini ...
kucingitam replied at 25-5-2022 02:45 AM
pernah dpt call, katanya dr tahfiz mana tah minta derma.
tny mana dpt no phone, dia kata dia ada l ...
Normabaru replied at 25-5-2022 10:07 AM
Forum telah membuka mata telinga kaka yang setiap bulan setiap hari dlu rajin dok donate segala tok ...
makadek replied at 25-5-2022 12:56 PM
Samalah no more donate rumah2 anak yatim asnaf tafhiz ...
kucingitam replied at 25-5-2022 12:45 PM
pernah dpt call, katanya dr tahfiz mana tah minta derma.
tny mana dpt no phone, dia kata dia ada l ...
ADVERTISEMENT