Pernah mendapat kecaman ramai kerana menyertai program realiti Big Stage 2022, usahawan kontroversi dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sebab dirinya yang masih tidak mahu berhenti menyanyi.
Menerusi Insta Stories, Iqbal menyatakan bahawa dirinya bukanlah tidak menyedari passionnya bukanlah ke arah bidang nyanyian dan mempersoalkan dirinya yang tidak mampu untuk mengikut tempo dengan betul. “Saya bukan tidak sedar ‘passion’ sya bukan ke bidang nyanyian. Memang sejak dulu, dan sekarang pun saya tidak bercita-cita untuk menjadi penyanyi.
Cuma saya tertanya, ‘kenapa budak kecil usia 6 tahun menyanyi pun boleh ikut tempo dengan tepat?’ ‘Apa masalah pada diri saya sehinggakan tidak mampu mengikut tempo dengan betul?” Tambahnya lagi, Iqbal mengakui bahawa dirinya harus belajar vokal dan ianya bukanlah mengajar tentang ilmu menyanyi semata-mata. “Saya rasa rentak dan tempo sangat penting dalam hidup kita. Untuk kestabilan minda. Jadi saya harus belajar. Dalam belajar vokal, ia bukan mengajar tentang ilmu menyanyi semata-mata.” Bekas peserta program realiti Big Stage 2022 ini turut memberitahu bahawa dia tetap akan meneruskan rakaman lagu dan akan menyanyi lagi di atas pentas jika mempunyai peluang.
|
ADVERTISEMENT