Baru-baru ini, pasangan Youtuber iaitu Maryam dan Ryzal telah memuat naik satu video terbaru di laman Facebook milik mereka.
Menerusi video itu, Maryam kelihatan sedang menyediakan makanan untuk dibekukan untuk anak sulung mereka iaitu Rina. Menurut Ryzal, isterinya terus menyiapkan makanan itu selepas selesai shooting sehingga dia tidak sempat menukar pakaiannya dan makan terlebih dahulu.
" data-width="500">Loading FB Post...
Ryzal juga mengambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa sedihnya apabila Maryam telah dikecam dan dikritik apabila dia telah memberi makanan yang telah disejuk beku untuk anak mereka.
Tambah Ryzal, perkara tersebut telah menyebabkan Maryam berasa seperti dia seorang ibu yang gagal. Malah, riak muka Maryam juga menunjukkan seperti dia tidak menyayangi anaknya kerana memberi makanan 'frozen food' pada anak.
Jelas Ryzal, sejak bergelar ibu, Maryam membuat makanan anaknya sendiri dan tidak pernah membeli makanan bayi di luar. -CARI