CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenapa Iqbal Zulkefli Masih Tidak Mahu Berhenti Menyanyi?

24-5-2022 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1250| Komen: 7

Description: Pernah mendapat kecaman ramai kerana menyertai program realiti Big Stage 2022, usahawan kontroversi dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sebab dirinya yang masih tidak mahu berhenti ...
Pernah mendapat kecaman ramai kerana menyertai program realiti Big Stage 2022, usahawan kontroversi dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sebab dirinya yang masih tidak mahu berhenti menyanyi.


Menerusi Insta Stories, Iqbal menyatakan bahawa dirinya bukanlah tidak menyedari passionnya bukanlah ke arah bidang nyanyian dan mempersoalkan dirinya yang tidak mampu untuk mengikut tempo dengan betul.


Foto: IG

“Saya bukan tidak sedar ‘passion’ sya bukan ke bidang nyanyian. Memang sejak dulu, dan sekarang pun saya tidak bercita-cita untuk menjadi penyanyi.

Cuma saya tertanya, ‘kenapa budak kecil usia 6 tahun menyanyi pun boleh ikut tempo dengan tepat?’ ‘Apa masalah pada diri saya sehinggakan tidak mampu mengikut tempo dengan betul?”


Tambahnya lagi, Iqbal mengakui bahawa dirinya harus belajar vokal dan ianya bukanlah mengajar tentang ilmu menyanyi semata-mata.

“Saya rasa rentak dan tempo sangat penting dalam hidup kita. Untuk kestabilan minda. Jadi saya harus belajar. Dalam belajar vokal, ia bukan mengajar tentang ilmu menyanyi semata-mata.”

Bekas peserta program realiti Big Stage 2022 ini turut memberitahu bahawa dia tetap akan meneruskan rakaman lagu dan akan menyanyi lagi di atas pentas jika mempunyai peluang.



“Untuk rakaman lagu, saya akan tetap teruskan. Begitu juga jika ada peluang menyanyi di pentas lagi, saya akan menyanyi lagi.”

Sekadar info, Iqbal Zulkefli merupakan peserta yang ke-12 Big Stage 2022 dan mendapat kecaman hebat oleh netizen sehingga ada yang memintanya untuk menarik diri dari program tersebut. Walaubagaimanapun, Iqbal akhirnya diumumkan sebagai peserta yang pertama tersingkir dari program realiti itu pada minggu kedua selepas mendapat markah yang terendah. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-5-2022 05:19 PM
lama2 demon tengok iqbal ni very da suit la muka dia.
Quote Perawankota 24-5-2022 05:58 PM
Dyslexia ke
Quote Normabaru 24-5-2022 06:23 PM
Ramos tu xblh tinggi lagi ke....

Kaka xpenah rasa nk pijak2 muka org except dia dgn tok bidah...eeee pijak pijakkkk lumat lumatttttt
Quote missyL 25-5-2022 01:04 AM
Comey plk bby tu ketawa
Harap2 jaga la btol2 bby ni
Smpi jadi org berguna.
Jadi jadi cm ko attention seeker.
Mesti bby tu bby org xnk.
Xthu la nsb bek ke x dpt kebal jadi daddy
Tp better lah dr kene buang ke ape.
Harap2 masa dpn die cerah.

Tp sng eh lelaki bujang dpt bela anak angkat..
Hmm
Quote Rogue98 25-5-2022 01:07 AM
Eh biar lah dia nak menyanyi pun ....
Quote KamikuP 25-5-2022 12:26 PM
Anak angkat tu beli kat ct benon kah?
Quote buragazz 25-5-2022 02:13 PM
Ko nak belajar tempo ker rentak ker melodi ker key ker tu ko punya pasal.. tapi please jangan semakkan industri seni muzik Malaysia dengan nyanyian kau..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055628 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top