Wajah permata hati selebriti ini dikatakan mewarisi ibunya. Selain nama yang klasik dan jarang didengar pada zaman ini, kecomelan anak kepada pelakon dan pengacara popular Ain Edruce sentiasa mendapat perhatian ramai. Kecil-kecil lagi dah ramai peminat!
Baru-baru ini, Ain berkongsikan beberapa foto di akaun Instagram bersempena sambutan hari kelahiran pertama anaknya, Soraya.
Menerusi posting itu, kelihatan Soraya memakai gaun labuh berwarna merah jambu sambil tersenyum riang ketika duduk di hadapan kek hari jadinya.
Ain mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis hari lahir permata sulungnya. Ain juga sempat berjenaka sekiranya setiap tahun hari lahir anaknya disambut seperti ini, mesti dia dan suaminya akan 'pokai'.
Menerusi akaun Instagram Soraya, kelihatan Soraya mendapat hadiah sebuah kereta mainan daripada ayahnya. Amboi comel betul dia tersenyum manja di atas kereta.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat telah mengambil peluang itu untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk Soraya dan mendoakan supaya Soraya membesar menjadi seorang manusia yang berguna satu hari nanti. - CARI