CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baby Shima Dikecam Bergelek Sakan Nyanyi Lagu Raya

24-5-2022 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2556| Komen: 13

Description: Sekali lagi, penyanyi sensasi Baby Shima menjadi bahan kecaman netizen gara-gara tular sebuah video dalam TikTok memaparkan dia sakan ‘bergelek’ ketika mengadakan persembahan pada sebuah majlis ruma ...
Sekali lagi, penyanyi sensasi Baby Shima menjadi bahan kecaman netizen gara-gara tular sebuah video dalam TikTok memaparkan dia sakan ‘bergelek’ ketika mengadakan persembahan pada sebuah majlis rumah terbuka hari raya baru-baru ini.


Kata netizen, apa yang dilakukan penyanyi itu seakan tidak kena kerana sepatutnya dia tidak perlu bergelek ketika menyanyikan lagu raya.

Difahamkan dalam video yang tular tersebut, penyanyi itu mengadakan persembahan pada majlis rumah terbuka anjuran sebuah parti politik bertempat di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Foto: IG

Shima, 27, menyampaikan lagu raya nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sesuci Lebaran.


Tampil mempertahankan diri, Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli menjelaskan, apa yang dilakukan ketika itu bukannya bergelek seperti disangka ramai tetapi dia hanya melakukan tarian zapin.

Tetapi jelasnya, tariannya ada sedikit kesilapan selain sudut kamera yang merakamnya ketika itu menampakkan seperti dia sedang bergelek.



“Ramai bising-bising katanya disebabkan Shima bergelek menyanyi lagu raya. Padahal saya zapin lah. Tapi zapin saya agak silap sikit dan disebabkan sudut kamera dirakam dari tepi, lagilah nampak macam saya bergelek.

“Lagi-lagi saya ini seorang penyanyi dangdut. Asal tergoyang sikit punggung, nampak macam tengah bergelek. Disebabkan kain dipakai, kaki saya tak boleh melangkah dengan lebar jadi nampaklah macam bergelek,” jelasnya dalam sebuah video TikTok.

Dalam video tersebut, Shima turut memasukkan keratan video tarian zapin supaya netizen dapat melihat persamaan gerakan yang dilakukannya.



Biarpun sudah memberi penjelasan, tetapi netizen tetap tidak berpuas hati selain mendakwa Shima tidak pernah mengaku salah walaupun tarian yang dilakukannya tidak nampak langsung seperti zapin.

“Yelah, Shima tak pernah salah. Netizen salah. Done back up,” sindir seorang netizen.

“Perempuan mana pernah salah. Terang lagi bersuluh kan,” kata seorang lagi netizen lain.



Terdahulu pada awal Syawal lalu, penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu dikecam kerana melawat kubur mendiang datuknya beragama Kristian sehingga ada netizen yang mempersoalkan agamanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 25-5-2022 12:17 AM
Pnjg nya justification..ckp jelah ko xsdar tergelek ke..bontot automatic bgerak sendiri
Quote yujin 25-5-2022 02:17 AM
Asyik gelek jer kerja.. x lenguh ke dik
Quote lattehazelnut 25-5-2022 05:34 AM
Lain gila zapin.. even pondan bottom pun nari zapin straight je.. jujur je la kau gelek..
Kau ingat ni negara indon kat tepi jalan, boleg karaoke gelek kangkang depan anak kecik or makcik2..
Quote awanearisu 25-5-2022 08:02 AM
Edited by awanearisu at 25-5-2022 08:04 AM

Lain benar goyangnya. Mana ada zapin goyang punggung. Zapin goyang kakilah.

Sekarang baru kita benar-benar yakin shima ini tidak jujur orangnya.
Quote anony-mous 25-5-2022 08:17 AM
Dulu hauk muka sheol. Skrg ok sikit. Dekat mana dia buat? Tp aura sheol cheapo sgt.
Quote chekacheku 25-5-2022 08:20 AM
Suara she sdap..tp tu lah..imej she bewildered sikit..
Quote adra5028 25-5-2022 09:02 AM
zapin hangguk dia..
kain ketat macam mana pun zapin tu takkan nampak mcm bergelek sebab yang akan bergerak kaki..
ni da terang2 mmg punggung hang yang bergolek2,,yihhh
Quote eizarz 25-5-2022 09:12 AM
rumah tebuka ni kat jelebu ke?anjuran tim mnteri yg tak seberapa tu?
Quote Mary_jane 25-5-2022 12:18 PM
Tapi dia ni memang sejenis mengundang kontroversi gak. Padan lah asyik kena hamun.
Quote epullipan 25-5-2022 12:27 PM
mmg suka cipta kontroversi supaya nama selalu meniti dibibir rakyat marhaen katanya
Quote SherryZass 25-5-2022 12:32 PM
Kalau ikut video perbandingan kat atas tu, macam dia nak bagitau "Haa...ya memang aku bergelek pun. sebab kalau zapin macam video sebelah tu haa..tak sama kan" Sekian, terjemahan aku
Quote Harley_Quinn 25-5-2022 03:38 PM
Selalu klu cerita pjg2 ni auta jee lebih.
Quote miracle_forever 25-5-2022 03:44 PM
sheols ni mmg suka betul kena kecam & viral kan? perangai sebijik mcm belut electric tu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.090806 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top