CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Ismail Sabri Dapat Ijazah Kehormat Doktor Perubatan Atas Sumbangan Memerangi Pandemik Covid-19

24-5-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1634| Komen: 15

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.


Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.

Ismail Sabri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon Dr Naoto Kato di universiti berkenaan di bandar raya Itabashi, satu daripada pusat bandar yang terletak dalam metropolis Tokyo, ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari.


Foto: Bernama

Menyatakan penghargaannya menerima anugerah berkenaan, Ismail Sabri berkata anugerah itu bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan menghadapi pandemik COVID-19.

"Sesungguhnya anugerah ini merupakan satu pengiktirafan besar bukan hanya untuk saya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang telah membuktikan keupayaannya untuk menangani pandemik COVID-19 dengan cara sendiri," katanya dalam ucapan penerimaan anugerah itu.

Mengimbau ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, Ismail Sabri berkata beliau diamanahkan sebagai Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan pada Mac 2020 yang bertanggungjawab menerajui serta mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri dalam memerangi ancaman pandemik COVID-19.

Bermula detik itu, katanya seluruh kekuatan dan aset digembleng secara bersama iaitu agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak berkenaan.

"Peperangan menentang COVID-19 ini, merupakan sesuatu yang besar dan mencabar," katanya.

Berkongsi pengalaman Malaysia memerangi pandemik COVID-19, Ismail Sabri berkata segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak itu dikenal pasti dan ditangani sebaiknya.

Beliau juga berkata kerajaan terpaksa bertindak tegas pada peringkat awal dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rakyat tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja.

"Kita berperang dengan musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita. Setiap peperangan mesti dimenangi dan nyawa rakyat Keluarga Malaysia mesti diselamatkan," katanya.

Ismail Sabri berkata Malaysia sudah hampir berjaya, dengan Malaysia mulai 1 April sudah membuka pintu sempadan dan mulai 1 Mei pula, prosedur operasi standard dilonggarkan seperti pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di kawasan tertutup dan tiada lagi penjarakan fizikal dan ia membolehkan semua sektor ekonomi dibuka sepenuhnya.

"Inilah hasil strategi kesihatan yang berkesan dan pelaksanaan kawalan pergerakan serta sokongan penuh daripada rakyat akhirnya kita berjaya melandaikan lengkung jangkitan pandemik COVID-19," katanya.

Menurutnya, Malaysia juga diiktiraf antara negara terbaik menangani pandemik COVID-19 oleh beberapa agensi seperti Bloomberg dan Nikkei.

Kato dalam kata-kata penghargaannya mengakui Ismail Sabri memainkan peranan penting dalam menangani pandemik COVID-19 dan memberi keutamaan kepada kehidupan dan kesihatan rakyat.

Ini telah menyumbang dengan ketara kepada pembinaan kepercayaan dalam kerjasama perubatan antarabangsa dan peningkatan teknologi dalam diagnosis dan rawatan jarak jauh serta latihan pemulihan fungsi, katanya.

"Pencapaian sedemikian amat dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia," kata Kato sambil menambah bahawa Ismail Sabri telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.-CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerumble5 24-5-2022 01:34 PM
Kayvajayjay bakal dapat bonus runtuh .....pastinya....
Quote alesandra 24-5-2022 01:35 PM
abahcow tersenyum sinis
Quote bottombikini 24-5-2022 01:38 PM
org lain yg berperang, org lain yg dapat nama
Quote bulalof 24-5-2022 01:49 PM
teringin nak dgr beliau speaking in english, like a normal conversation dgn pemimpin dunia yg lain.
Quote tripleid 24-5-2022 02:09 PM
Sumbangan apo?pasal dia lah kes makin naik mencanak lepas PRN sabah dulu

Quote ayukpingu 24-5-2022 02:29 PM
abah mudin tak dpt ke?
Quote ayukpingu 24-5-2022 02:29 PM
abah mudin tak dpt ke?
Quote jas7512 24-5-2022 02:32 PM
Tak layaknya dpt..universiti jepun ni x kaji dulu ke...hadoi..memalukan saja
Quote rosedemon 24-5-2022 05:15 PM
mail mail. xpela mail rejeki ko
Quote Skuau 24-5-2022 05:27 PM
kj menjeling tajam...
Quote Ladyfreecare 24-5-2022 05:29 PM
Macam acik-acik forum ni lagi pandai daripada prof uni jepun dan duta jepun di malaysia aje.
Quote Kitty_catz 24-5-2022 07:36 PM
oiii rentua... best ke jenjalan tu?

ringgek tergolek2 ni.. barang smer mahai

ayam takde, sbb takde pekerja tempatan nak korek taik ayam, jaga reban ayam

then sbb ayam takde, ikan pulak mahai

meh la bagi sepatah dua kata.. jgn risau.. cakap mulayu pun kami paham
Quote iman_kasih 24-5-2022 08:03 PM
Tahniah pak mail
Quote Nenasketum 24-5-2022 08:06 PM
Geng2 umeno lembam dan pengiktirafan karut. Uni swasta lak tu, ala2 LKW kot
Quote mclaren 24-5-2022 08:09 PM
Amboi dah lah tak minta maaf langsung pasal menteri2 tak payah kuarantin masuk semenanjung lepas PRN Sabah tu sampai kes naik mendadak.... ada hati tak malu terima honorary doctorate... puuuiiiiii

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054998 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top