View: 943|Reply: 15
|
PM Ismail Sabri Dapat Ijazah Kehormat Doktor Perubatan Atas Sumbangan Memerangi Pandemik Covid-19
[Copy link]
|
|
TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.
Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.
Ismail Sabri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon Dr Naoto Kato di universiti berkenaan di bandar raya Itabashi, satu daripada pusat bandar yang terletak dalam metropolis Tokyo, ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari.
 Foto: Bernama
Menyatakan penghargaannya menerima anugerah berkenaan, Ismail Sabri berkata anugerah itu bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan menghadapi pandemik COVID-19.
"Sesungguhnya anugerah ini merupakan satu pengiktirafan besar bukan hanya untuk saya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang telah membuktikan keupayaannya untuk menangani pandemik COVID-19 dengan cara sendiri," katanya dalam ucapan penerimaan anugerah itu.
Mengimbau ketika pandemik COVID-19 melanda Malaysia, Ismail Sabri berkata beliau diamanahkan sebagai Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan pada Mac 2020 yang bertanggungjawab menerajui serta mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri dalam memerangi ancaman pandemik COVID-19.
Bermula detik itu, katanya seluruh kekuatan dan aset digembleng secara bersama iaitu agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak berkenaan.
" eperangan menentang COVID-19 ini, merupakan sesuatu yang besar dan mencabar," katanya.
Berkongsi pengalaman Malaysia memerangi pandemik COVID-19, Ismail Sabri berkata segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak itu dikenal pasti dan ditangani sebaiknya.
Beliau juga berkata kerajaan terpaksa bertindak tegas pada peringkat awal dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rakyat tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja.
"Kita berperang dengan musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita. Setiap peperangan mesti dimenangi dan nyawa rakyat Keluarga Malaysia mesti diselamatkan," katanya.
Ismail Sabri berkata Malaysia sudah hampir berjaya, dengan Malaysia mulai 1 April sudah membuka pintu sempadan dan mulai 1 Mei pula, prosedur operasi standard dilonggarkan seperti pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di kawasan tertutup dan tiada lagi penjarakan fizikal dan ia membolehkan semua sektor ekonomi dibuka sepenuhnya.
"Inilah hasil strategi kesihatan yang berkesan dan pelaksanaan kawalan pergerakan serta sokongan penuh daripada rakyat akhirnya kita berjaya melandaikan lengkung jangkitan pandemik COVID-19," katanya.
Menurutnya, Malaysia juga diiktiraf antara negara terbaik menangani pandemik COVID-19 oleh beberapa agensi seperti Bloomberg dan Nikkei.
Kato dalam kata-kata penghargaannya mengakui Ismail Sabri memainkan peranan penting dalam menangani pandemik COVID-19 dan memberi keutamaan kepada kehidupan dan kesihatan rakyat.
Ini telah menyumbang dengan ketara kepada pembinaan kepercayaan dalam kerjasama perubatan antarabangsa dan peningkatan teknologi dalam diagnosis dan rawatan jarak jauh serta latihan pemulihan fungsi, katanya.
" encapaian sedemikian amat dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia," kata Kato sambil menambah bahawa Ismail Sabri telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.-CARI
Sumber: Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Kayvajayjay bakal dapat bonus runtuh .....pastinya.... |
|
|
|
|
|
|
|
org lain yg berperang, org lain yg dapat nama |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak dgr beliau speaking in english, like a normal conversation dgn pemimpin dunia yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumbangan apo?pasal dia lah kes makin naik mencanak lepas PRN sabah dulu
 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak layaknya dpt..universiti jepun ni x kaji dulu ke...hadoi..memalukan saja |
|
|
|
|
|
|
|
mail mail. xpela mail rejeki ko |
|
|
|
|
|
|
|
kj menjeling tajam... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam acik-acik forum ni lagi pandai daripada prof uni jepun dan duta jepun di malaysia aje. |
|
|
|
|
|
|
|
oiii rentua... best ke jenjalan tu?
ringgek tergolek2 ni.. barang smer mahai
ayam takde, sbb takde pekerja tempatan nak korek taik ayam, jaga reban ayam 
then sbb ayam takde, ikan pulak mahai
meh la bagi sepatah dua kata.. jgn risau.. cakap mulayu pun kami paham  |
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 umeno lembam dan pengiktirafan karut. Uni swasta lak tu, ala2 LKW kot |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi dah lah tak minta maaf langsung pasal menteri2 tak payah kuarantin masuk semenanjung lepas PRN Sabah tu sampai kes naik mendadak.... ada hati tak malu terima honorary doctorate... puuuiiiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|