Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT apabila diminta mengulas kenyataan bekas suaminya, yang tidak menolak kemungkinan mereka rujuk semula.
Sebagai hamba yang dia tidak tahu apa bakal berlaku pada masa akan datang dia berkata, "Allah saja tahu". "Kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya faham apa dia luahkan itu sebab kami sudah bersama dalam tempoh lama. Kadang-kadang perpisahan perlu untuk perbaiki diri," katanya kepada Harian Metro. Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 52, berkata, dia ingin merehatkan diri, fikiran dan bermuhasabah sepanjang tempoh edah ini.
"Esok genap seminggu perpisahan kami. Diakui pada awalnya susah sikit mungkin sebab usia perkahwinan kami yang lama hingga 19 tahun. Tapi, ini masa untuk saya rehatkan diri, fikiran dan muhasabah diri. Begitu juga dengan dia. Harapnya kami boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang. "Ini sebab kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya tak nak riak, tapi bersederhana saja. Apa yang Allah berikan ini saya perlu lalui sebagai perjalanan untuk pengalaman," katanya. Ellie bagaimanapun terbuka sekiranya perlu bekerjasama dengan bekas suaminya, Azri Iskandar, 54, yang baginya seorang pelakon hebat. "Saya boleh bekerjasama dengan dia. Sama ada dalam lakonan atau saya arahkan dia. Ia bukan isu sebab saya kagum dengan bakat dia. Bagi saya dia sangat berbeza dengan pelakon lain dan anggap dia pelakon 'mahal' berdasarkan bakat dimiliki. "Kehadiran dia di skrin sangat hebat. Dalam industri keratif, kita hargai bakat orang lain. Jadi, soal nak bekerjasama selepas ini saya okay dan tidak ada isu kerja dengan dia," katanya. Anda rasa mungkinkah mereka rujuk semula dalam masa terdekat? - CARI
|
Orix replied at 24-5-2022 11:47 AM
iols percaya je acik ellie ni ibu n isteri yg baik... cuma bab kerja dia kekwattt n jilat jibun tu s ...
orangbiasaje replied at 24-5-2022 03:34 PM
Harap2 dapatlah dirujuk kembali. Setakat ni tak pernah dengar kisah main kayu tiga, tak bayar nafkah ...
ADVERTISEMENT