CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Gigil Mawi Nak Cari Makan Lepas Ni" - Hulur 'Mic' Suruh Nyanyi, Netizen Terhibur Dengan Reaksinya

23-5-2022 04:35 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4425| Komen: 15|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok DD Chronicle


Siapa yang tidak kenal dengan Mawi atau nama penuhnya Admawi Ani yang merupakan penyanyi popular Malaysia satu ketika dahulu lepas menjadi juara dalam rancangan Akademi Fantasia Musim Ketiga pada tahun 2005.

Baru-baru ini, tular video terbaru Mawi yang dimuatnaik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai DD Chronicle. Menerusi video itu, pengguna tersebut telah merakam video Mawi yang menjadi penyanyi jemputan di sebuah majlis perkahwinan. 



Ketika Mawi sedang menyanyikan sebuah lagu, dia cuba menghulurkan mikrofon kepada seorang tetamu untuk menyambung nyanyiannya namun siapa sangka suara tetamu itu begitu merdu sekali sehingga Mawi sendiri terkejut apabila mendengar nyanyian tetamu itu.

Sumber: Google Image 

Oleh kerana terkejut dengar suara tetamu itu, Mawi terus  menyambung kembali menyanyiannya dengan menggunakan cara nyanyian yang seakan tetamu tersebut dan mengatakan bahawa dia mahu berlawan suara dengan tetamu itu. Hal ini menyebabkan ramai yang terhibur melihat gelagat Mawi. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap penyanyi ini kembali aktif dalam dunia nyanyian kerana suaranya begitu unik dan tidak patut dilupakan begitu sahaja. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote H0rr0rfan 23-5-2022 07:32 PM
Dd ni bukan youtuber yang selalu buat video parodi tu ke? Dia memang pandai menyanyi.
Quote che-cikL 23-5-2022 07:41 PM
DD ni mmg kelakor kan, mukanya selamba je ajuk makcik2 yg dia bawangkan hahah...
Kalau ada isu2 viral, iols akan search channel dia untuk berhibur.


Quote dino 23-5-2022 08:04 PM
che-cikL replied at 23-5-2022 07:41 PM
DD ni mmg kelakor kan, mukanya selamba je ajuk makcik2 yg dia bawangkan hahah...
Kalau ada isu2 vira ...

kan kelako.. patut die yg wat album 2 ekor badut yg buat semak tak sedar diri tu haha
Quote _kelly 23-5-2022 11:36 PM
sapo dd chronicle..retis ke pon
penah lalu lalang kat yt timeline haram tak best pon
Quote naina 23-5-2022 11:44 PM
Tak suka DD chronical ni..content dia annoying. Biasalah content megejek orang balik. Panjang berjela plak tu. Setiap kali lalu VC iols scroll laju2 daa
Quote silampumeja 23-5-2022 11:49 PM
Dd ni i lagi suka bininya dari dia.. hahahah... Comel. Naif. Ala2 mak jenny la... Tp bini dia version muda sket...
Dd ni melebih sgt
Quote redz85 24-5-2022 09:00 AM
aku suka juga DD ni.. video paling best parodi asam pedas melaka tu..

kes student yang takde laptop tu pun lawak
Quote slyfynx 24-5-2022 09:13 AM
Salah tajuk tu.
Netizen TERHARU patutnye sbb tgk kat gmbr tu tulis terharu.
Kreatif la sikit dalam buat tajuk.
X abis2 netizen itu, netizen ini.
Kalau ko bukak thread x dpt bayaran xpe jgk.
Quote newyork 27-5-2022 10:47 AM
Aah content dia mengejek balik isu2 panas.
Quote Parit.Hilton 27-5-2022 11:28 AM
si DD tu video dia complaint bab sumi tu iols setuju
menyampah betul nak bukak menatang  tu
Quote miemiecha 27-5-2022 11:36 AM
selain imran bard, dd ni pun mek sukaaa
Quote She-Ra 27-5-2022 11:41 AM
tala mic ke penonton ni bkn la sb tak mampu nak tarik atau nyanyi
lebih kepada nak bg penonton rasa seronok gituuuu
tp takde la tala mic lama2... jenis yg tala lama dan manjang menala tu, mungkin la sb tak mampu tarik tang tinggi, bak kata tokwi (awie) "buasir oi"
Quote Suchi 27-5-2022 01:26 PM
silampumeja replied at 23-5-2022 11:49 PM
Dd ni i lagi suka bininya dari dia.. hahahah... Comel. Naif. Ala2 mak jenny la... Tp bini dia versio ...

DD ni orang Bawean(Boyan)
Umah dia kat Sungai Buloh tu, sblm ni niaga tempe sambil2 jd youtuber.
Taktau la skrg jual tempe ke tidak yela dia pun dh jd influencer gak
Quote kotakominami 28-5-2022 06:27 PM
Lame dah DD tak usik sajat....
Quote kiah_mai_pulak 28-5-2022 06:47 PM
meolsszahhh kenal DD alias je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.108049 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top