CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Terima Gambar Lucah Dari Budak Bawah Umur, Alvin Chong Harap Pengguna Lebih Berhemah

23-5-2022 04:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 986| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Pelakon yang popular dengan drama Awak Suka Saya Tak, Alvin Chong mendedahkan dia pernah berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan apabila beberapa kali menerima kiriman mesej peribadi di Instagra ...

Pelakon yang popular dengan drama Awak Suka Saya Tak, Alvin Chong mendedahkan dia pernah berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan apabila beberapa kali menerima kiriman mesej peribadi di Instagram berupa gambar lucah.

Berdasarkan laporan Getaran, aktor berusia 31 tahun yang juga seorang penyanyi itu berkata, dia terkejut apabila gambar tersebut dipercayai dikirim oleh remaja berusia 18 tahun ke bawah yang masih menyarungkan seragam sekolah.


"Saya pernah dapat mesej berbentuk gambar tidak senonoh di laman sosial tidak kira dari lelaki atau perempuan. 

"Yang lebih mengejutkan, saya juga pernah terima gambar dari budak bawah umur yang masih berpakaian seragam sekolah. Ketika itu, saya terfikir... Apalah yang sedang terjadi di Malaysia ini?" katanya.

Kata anak seni kelahiran Pulau Pinang itu, setiap kali menerima mesej sedemikian, dia memilih untuk mengabaikan kiriman berkenaan. Walaupun tidak suka dengan perkara tersebut, Alvin memilih untuk tidak membalas kerana tahu perkara itu akan berlanjutan.


"Saya pilih untuk biarkan saja. Tak balas walaupun mesej menegur atau amaran. Sebab kalau dibalas, mereka akan buat lagi.

"Walaupun saya tak suka dan tak setuju dengan sesuatu perkara, tetapi saya akan memilih untuk diam sahaja," katanya.

Bimbangkan keadaan yang semakin hari semakin tidak terkawal, Alvin menyeru generasi muda agar mempersiapkan diri dengan pengetahuan mengenai kesan buruk kandungan lucah terhadap mereka.


"Saya sedar,  bukan mudah untuk kawal apa yang terjadi di media sosial. Kita tak boleh sesuka hati nak banned sesuatu platform sebab kandungan yang tidak senonoh itu boleh didapati di mana-mana sahaja.

"Tidak dinafikan, anak muda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Namun, mereka harus dididik ada kandungan tertentu yang mereka tak boleh tonton dan kesan buruk. 



"Suatu hari nanti apabila saya mempunyai anak, saya akan terangkan kepada mereka keburukan kandungan lucah terhadap kehidupan dan kesihatan," katanya.

Alvin turut menggesa agar semua pengguna laman sosial menjadi pengguna bijak dalam mengendalikan akaun media sosial masing-masing dengan cara yang lebih matang dan berhemah. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-5-2022 09:07 AM
...dah kau pun feeling-feeling keluar dating dengan anak Sharifah Zarina yang underage tu kan? mana budak-budak sekolah lain tak menggeletis bila kau pun tunjuk contoh macam tu??? posting-posting kau pun memintak kan...acah-acah lover... pastu?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.041106 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top