Kita yang sudah tahu ada pelbagai makanan akan naik harga kerana kekurangan bekalan mentah dan serta isu-isu yang lain, sudah pasti ramai penjual makanan terpaksa cari jalan untuk mengurangkan kos makanan tersebut. Baru-baru ini ada satu hantaran tular di media sosial Facebook yang menceritakan makanan yang dibelinya di sebuah restoran kopitam terkenal mendapat perhatian ramai netizen. Difahamkan, lelaki itu memesan satu set roti bakar dengan kaya dan mentega, tetapi apa yang dia dapat adalah kuantiti mentega yang amat sedikit di atas roti bakar itu. Menjengah di komen pula, ramai yang bersetuju kopitiam itu sememangnya mahal dan tidak sedap, ada juga mengatakan lebih baik buat roti bakar di rumah. -CARI |
ada juga mengatakan lebih baik buat roti bakar di rumah
ADVERTISEMENT