CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Nak Ceraikan Isteri Pertama, Miera Liyana Dituduh Jadi Punca

23-5-2022 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50516| Komen: 307

Dua tahun lalu, pelakon Miera Leyana, 29, pernah menggemparkan industri hiburan apabila memilih mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rosland Othman, 49.


Bukan hanya memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun dipersoalkan. Malah, belumpun sempat 24 jam bergelar suami isteri, satu video dimuat naik menerusi laman YouTube mendedahkan Miera 'hidup bermadu'.

Video itu mendedahkan, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan memiliki tujuh cahaya mata perempuan.


Foto: IG

Namun, segala persepsi ditepis dengan baik oleh pasangan itu. Mereka tidak pernah menyorok perkahwinan, mendapat restu kedua-dua keluarga, malah, tiga majlis, iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi berlangsung dengan gemilang bersama kehadiran ramai tetamu kenamaan.


Selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga dan menimang cahaya mata pertama, kini timbul dakwaan, suami Miera dalam proses perceraian dengan isteri pertama.

Sudah tentu, Miera dituding jari dituduh punca rumah tangga suami dan madunya berantakan.

Aktres yang pernah menggenggam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu nyata terkejut persoalan diajukan.



"Mana dengar cerita ini? Sejujurnya, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga suami bersama madu.

"Tetapi, saya tahu ramai sudah mendengar berita kemelut rumah tangga mereka.

"Tiada apa yang boleh saya komen dan kongsi, ia tiada kena mengena saya," katanya kepada BH Online.

Diasak pertanyaan sejauh mana kebenaran suami dan isteri pertama didakwa dalam proses perceraian, Miera berkata, dia tiada hak menjawab persoalan itu.



"Bagi saya, itu urusan suami dan isterinya, biarlah mereka selesai dengan baik demi kebaikan bersama. Apa yang penting, saya fokus membesarkan anak, Rachel Aisyah yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 16 Mei lalu.

"Rasanya tidak adil pasangan poligami bercerai, tetapi mahu menuding jari kepada madu. Apa yang saya tahu, rumah tangga mereka memang bermasalah, tetapi ia tiada kena dengan saya.

"Apapun, keputusan suami dan madu, saya takkan sesekali masuk campur. Itu juga pilihan mereka disebabkan tiada jalan keluar dalam menyelesaikan kemelut yang berpanjangan," katanya.

Miera juga menafikan rumah tangga suami berantakan disebabkan berkahwin dengannya.



"Saya tak fikir ia berkaitan dengan saya. Jika tidak berkahwin dengan saya sekali pun, mereka tetap ada masalah.

"Saya juga tidak dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Sudah dua tahun saya dan suami berkahwin, anak pun sudah berusia setahun. Adakah dengar cerita bukan-bukan mengenai saya?," katanya.

Pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu berkata, dia percaya suami dan madunya mempunyai masalah peribadi dan tersendiri.

"Jujurnya, saya memang tak tahu dan tiada hak nak ambil tahu, jauh sekali masuk campur. Bagi saya, biar suami dan madu menyelesaikan kemelut rumah tangga tanpa campur tangan sesiapa.

"Lagipun, mereka memiliki anak-anak. Saya percaya suami mahupun madu matang dalam menangani isu peribadi," katanya.



Mengulas pasti orang luar menyalahkannya, mendakwa sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga, Miera berkata, jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan, bukan di tangannya.

"Saya tidak pernah memaksa, sebaliknya suami dan madu sudah membuat keputusan. Mungkin juga ini jalan dan keputusan terbaik untuk mereka," katanya.

Disoal hubungannya dengan madu, Miera berkata, dia hanya fokus kepada keluarga, itu keutamaannya berbanding memikirkan soal orang lain.

"Saya tak pernah fikir orang lain, apatah lagi, nak ambil tahu hal orang, termasuk kehidupan suami dan madu.

"Selepas berkahwin, saya bunting pelamin dan kini, sibuk membesarkan anak.

"Saya sentiasa sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, jadi tiada masa memikirkan kehidupan orang lain," katanya.

Miera berkata, orang tetap mengata macam-macam ketika berkahwin dahulu.



"Saya tidak kisah dengan andaian dan persepsi. Apa yang penting, dia menjaga suami, anak dan keluarga dengan sebaiknya," katanya.

Mengulas keadaan suami yang kini berdepan dengan detik sukar, Miera berkata, suaminya seorang yang sangat tenang.

"Apapun masalah yang datang, suami tabah dan anggap ia sebahagian ujian dalam kehidupan.

"Segala-galanya diserahkan pada Allah. Namun, sebagai isteri, saya harus berada di sisi suami dalam apapun juga situasi," katanya.

Terdahulu, Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai 2020 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka. Mereka memilih mendirikan rumah tangga selepas empat tahun berkawan baik. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tasha 23-5-2022 03:59 PM
Wah mesti bangga dapat mencantas....apa2 hidung tu knp lain...baru buat ke???
Quote SherryZass 23-5-2022 04:03 PM
Ya, memang itulah alasan jejantz bila nak pasang 2 3, semedang bermasalah dengan isteri pertama. padahal anak dah 7 orang.
Quote cmf_premierleag 23-5-2022 04:04 PM
Bertabah la Adib
Semoga kuat menjalani ujian hidup ini
Quote cmf_premierleag 23-5-2022 04:05 PM
1st wife grad US...sama2 study dgn si somi ni
Yg no.2 ni spm pun tak amik
Apo yg diorg borak eh
Eh sibuk lak aku ni
Quote luvly_snow8608 23-5-2022 04:12 PM
pencaras memang vavik kan bila bagi statement nak lepas diri.

hope ko dapat cash cepat2 la sebab mencaras. kalo x ko kene, anak ko tu perempuan ya. ingat sikit dunia nie berputar. cepat or lambat, balasan tuhan tu pasti ya.

time tu jangan ko nak menangis hiba ngadu kat netizen pulak.

Quote babelina 23-5-2022 04:12 PM
xnk komen.. xnk campur.. last2 pegi citer dorg bermasalah dh lama dh.. hahaha..
Quote lonely_classic 23-5-2022 04:15 PM
Kata tak nak ambik tau pasal 1st wife, tapi still buat statmement kata memang 1st wife n husband ada problem. Diam terus sudah la.
Quote tobobon 23-5-2022 04:16 PM
cmf_premierleag replied at 23-5-2022 04:05 PM
1st wife grad US...sama2 study dgn si somi ni
Yg no.2 ni spm pun tak amik
Apo yg diorg borak eh

yg no 1 tu anak somebody jugak ker?

walaupun yg no 2 ni spm x ambik...tp sheols bukan anak orang ada2 ker?
Quote cmf_premierleag 23-5-2022 04:20 PM
tobobon replied at 23-5-2022 04:16 PM
yg no 1 tu anak somebody jugak ker?

walaupun yg no 2 ni spm x ambik...tp sheols bukan anak ora ...

No 1 bukan anak orka..tp dh bercinta sejak zmn study kt US lg
No 2 mmg anak orka.umah parents kt TTDI
Tp akak suka tgk muka anak sedara ML yg 1st tu.Comel kalo ikut standard SIRIM akak ni and that girl tu mak dia omputeh. (SIL to ML)
Quote MatDeghem 23-5-2022 04:20 PM
Laki dia ada anak 7 perumpuan... Dgn si mira satu perumpuan. Jadi laki nya Ada 8 anak perumpuan   ....waaa
Quote Acikgomen 23-5-2022 04:22 PM
Geram pulak acik tgk gambo Ava dok sengih celah makciknye kat first pic tuh
Leher kau mana nakkkkkkk
Quote tobobon 23-5-2022 04:24 PM
cmf_premierleag replied at 23-5-2022 04:20 PM
No 1 bukan anak orka..tp dh bercinta sejak zmn study kt US lg
No 2 mmg anak orka.umah parents kt T ...

oooo...meols suspect mungkin family ML ni ada 'bantu' sikit2 bisnes suami (kalau ada la)....mcm drama melayu pulak
yg no 1 plak.. ter'paksa' kena tinggal ..gitu



Quote Fly_over 23-5-2022 04:27 PM
Edited by Fly_over at 23-5-2022 04:33 PM
MatDeghem replied at 23-5-2022 04:20 PM
Laki dia ada anak 7 perumpuan... Dgn si mira satu perumpuan. Jadi laki nya Ada 8 anak perumpuan   .. ...


iols doa semua anak dia perempuan sokmo..
Quote winky1 23-5-2022 04:32 PM
Serba serbi dinamik
Quote lanse 23-5-2022 04:33 PM
babelina replied at 23-5-2022 04:12 PM
xnk komen.. xnk campur.. last2 pegi citer dorg bermasalah dh lama dh.. hahaha..

Kan
Quote sweetyroses 23-5-2022 04:34 PM
Awal2 cakap tak nak bagi komen acah2 xde kaitan. Eeh tetiba ko cakap memang dorang ada masalah walaupun tak kahwin dengan ko.  Apa punya vangang la statement
Quote Mary_jane 23-5-2022 04:36 PM
Silap2 dapat adik baru plak kau Miera oi.
Quote pembacagosip 23-5-2022 04:58 PM
MatDeghem replied at 23-5-2022 04:20 PM
Laki dia ada anak 7 perumpuan... Dgn si mira satu perumpuan. Jadi laki nya Ada 8 anak perumpuan   .. ...

so laki dia banyak kromosom X, ahgituuu kita bersains
Quote jiwakacau06 23-5-2022 04:58 PM
semoga laki ko sihat sejahtera la bersama ko...kang mana nk jaga baby kecik...nk jaga baby besar

Lihat semua komen(307)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.446765 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top