Selepas kes cerai talak tiga isteri kedua selesai, nama pelakon Amar Asyraf kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita.
Spekulasi itu bermula selepas sekeping foto memperlihatkan pelakon tersebut dengan wanita bersama dua cahaya mata, dipercayai daripada hasil perkahwinan mereka. Bagaimanapun, Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin yang dihubungi mStar memilih untuk menjaga privasi keluarganya dan tidak berkongsi tentang status rumah tangganya kini. Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, dia berpegang kepada kata para ulama yang menegaskan bahawa terdapat tiga perkara tidak boleh dikongsikan kepada umum termasuklah kisah keluarga.
"Saya sebenarnya tak ada apa nak cakap atau beritahu apa-apa. Bagi saya, bukan nak merahsiakan tapi lebih memilih untuk privasi apabila melibatkan hal rumah tangga. Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, dia berpegang kepada kata para ulama yang menegaskan bahawa terdapat tiga perkara tidak boleh dikongsikan kepada umum termasuklah kisah keluarga. "Saya sebenarnya tak ada apa nak cakap atau beritahu apa-apa. Bagi saya, bukan nak merahsiakan tapi lebih memilih untuk privasi apabila melibatkan hal rumah tangga. "Apa yang terjadi sebelum ini memberi pengajaran kepada saya. Jadi, saya tidak mahu berkongsi apa-apa mengenai kehidupan peribadi. Tapi kalau ada yang tahu, tahu la. "Lagipun, saya berpegang dengan kata-kata beberapa ulama yang beritahu tak boleh kongsi usia, harta dan kisah keluarga kepada umum," katanya ketika dihubungi mStar.
|
ADVERTISEMENT